Isu harta sepencarian biasanya dikaitkan dengan pasangan suami isteri di mana si isteri bimbang yang harta suami akan beralih ke tangan orang lain apabila berlaku penceraian, suami kahwin dua atau meninggal dunia.
Tetapi ada juga kes deklarasi harta sepencarian dibuat oleh emak kerana takutkan anaknya yang tamakkan harta bapanya dan kemudian menyisihkan emaknya. Ikutilah ceritanya.
Sepasang suami isteri yang bernama Ahmad dan Aminah adalah berumur dalam lingkungan 50-an mempunyai seorang anak lelaki, Ali, yang sudah berkahwin dan mempunyai sepasang anak. Pasangan suami isteri ini hanya mempunyai sebuah rumah banglo di Damansara yang dianggarkan bernilai RM3 juta. Banglo ini atas nama suami dan ada mempunyai baki hutang RM500,000.
Manakala anaknya ini seorang graduan dari Amerika Syarikat, bekerja dengan sebuah firma dan menyewa sebuah kondo yang berdekatan dengan Damansara.
Anak tunggal lelaki itu seorang yang panas baran dan bersikap kurang ajar kepada kedua ibu-bapanya. Anaknya itu tidak lagi menghormati kedua ibu-bapanya. Emaknya selalu ditengking dan dimarahinya.
Si ibu, Aminah amat risau akan masa depannya sekiranya suaminya meninggal dunia dahulu. Si ibu bimbang dia akan dihalau dari banglo itu dan tidak mempunyai tinggal lain.
Si ibu faham mengikut Hukum Faraid haknya hanyalah 1/8 daripada jumlah harta dan baki 7/8 akan menjadi milik anaknya itu. Jadi sudah tentu anaknya boleh menghalau ibunya keluar daripada banglo mewah itu. Atau pun sekira dijual hak ibu dianggarkan RM400,000 sahaja (1/7 daripada RM3 juta).
Si ibu mendapat tahu, sekiranya pasangan suami isteri membuat deklarasi harta sepencarian ia dapat menghindarkan masalah risauan si ibu tadi. Si ibu yakin yang suaminya akan bersetuju dengan cadangan membuat deklarasi harta sepencarian kerana masalah yang akan dijangkakan oleh si ibu sekiranya suami meninggal dunia dahulu.
Di bawah konsep harta sepencarian, suami dan isteri ini akan menandatangani Deklarasi Harta Sepencarian di mana si suami bersetuju membahagikan sekurang-kurangnya 50% daripada bahagian banglo itu kepada isterinya itu, dan baki 50% adalah milik suaminya itu. Si ibu tahu sekiranya suaminya meninggal dunia dahulu, hak 50% nya ke atas banglo itu terjamin. Ini disebabkan harta sepencarian adalah pemberian semasa hidup dan ia bukan lagi menjadi harta pusaka.
Maklumat tambahan:
Penerangan Mengenai Harta Sepencarian
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya:
Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
No comments:
Post a Comment