Assalamualaikum Tuan,
Si Bapa sudah meninggal kira-kira 2 tahun. Si bapa meninggalkan 8 orang anak. 3 daripada perkahwinan pertama yang telah diceraikan sebelum meninggal. 5 orang dengan isteri kedua dan masih isterinya semasa kematiannya. Kesnya spt berikut:
Oleh kerana si bapa meninggalkan banyak tanah tetapi tidak dibuat apa-apa wasiat atau hibah secara bertulis tentang pembahagiannya, maka Anak sulung iaitu daripada perkahwinan pertama telah memfailkan pembahagian pusaka di Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah akan memanggil semua waris untuk pembahagian pusaka dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh pemfailan tersebut.
Tanpa disangka-sangka si ibu tiri (kepada 3 anak yang pertama) baru-baru ini telah juga membuat petisyen di Amanah Raya Berhad dan ARB akan membuat surat akuan/arahan ke JKPTG untuk tindakan seterusnya. Boleh tuan jelaskan permasalahan ini. Maaf sebab saya memang kurang arif tentang wasiat, dan harta pusaka. Sebab tu saya tulis berdasarkan apa yang saya dengar, baca dn tahu sahaja. Harap tuan dapat bantu. Terima Kasih.
Jawapan:
Waalaikumsalam, daripada soalan di atas, kita perlu tentukan siapakah waris Faraid yang berhak
1. 3 Orang anak isteri pertama (isteri pertama tidak berhak).
2. Isteri kedua dan 5 orang anak
3. Ibu bapa si mati (jika masih hidup semasa arwah meninggal)
Mereka di atas perlu berunding untuk melantik siapakah yang akan menjadi Pentadbir. Waris perlu mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah. Nilai dan jenis harta si mati menentukan prosedur seterusnya, samada akan ke ARB, Pejabat Tanah atau High Court. Untuk dapatkan maklumat lanjut pembahagian mengikut faraid, perlu dinyatakan jantina anak kerana hak lelaki 2X perempuan. Harap maklum.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:
Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
Assalmmualaikum....saya ada sedikit kemusyikilan tentang perkara hibah, wasiat, amanat dan pusaka.
ReplyDeleteIbu saya meninggal ketika saya berusia 14 tahun sekarang ini saya sudah mencecah lebih 45 tahun. Keluarga kami bukan kaya cume arwah ada beberapa barang kemas.
Sebelum arwah ibu meninggal dunia dia ada berkata "jika aku mati rantai yang dia pakai ni bagi pada abang sebab abang kami ini banyak membantu, tetapi jika adik beradik lain nak pakai boleh pakai" (lebih kurang dialog macam ni la).
Selang tidak beberapa lama kemudian ibu kami meninggal dunia, dan kakak saya pula memberi rantai tersebut kepada abang saya.
Adakah rantai tersebut sah pemberiannya atau jatuh menjadi pusaka?
Dan nak dijadikan cerita....abang yang mendapat rantai ini pula meninggal dunia tahun lepas beliau meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak (3 lelaki dan 1 perempuan). Yang menjadi kemusyikilan sekarang....anak-anak arwah abang pula mengatakan arwah bapa mereka telah menghibahkan rantai tersebut kepada anak perempuan beliau.
Setahu saya....hukum hibah harta yang dihibahkan itu adalah 100% miliknya dan halal. Jika rantai tersebut jatuh menjadi pusaka arwah ibu, adahkah rantai tersebut harus dicairkan dengan nilai RM dan dibahagikan mengikut faraid? Bagaimana pula dengan puasa dan fidyah arwah ibu? boleh atau tidak anak-anak membayar mengguna duit kami sendiri atau ditolak dari harta pusaka tersebut.
diharap dapat penjelasan dengan segera.