Tuesday, December 27, 2011

Kisah Dalam Kamar Pusaka

KES 1

Si mati meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak. Mengikut hukum faraid, isteri mendapat 1/8 bahagian dan anak-anak mendapat baki (Asabah Bil-Ghairi).

Ketika di dalam kamar perbicaraan harta pusaka, isteri dan anak-anak si mati kelihatan seperti biasa, seperti waris-waris yang lain juga. Soalan bermula dengan profile si mati, harta yang ditinggalkan dan kedudukan waris si mati.

Di akhir perbicaraan, waris-waris ditanya tentang cara pembahagian yang dikehendaki.  Isteri si mati mencadangkan, “Saya pohon tanah pusaka ini dibahagi mengikut hukum faraid. Saya mahu bahagian saya 1/8 bahagian, selebihnya dibahagikan kepada anak-anak saya”.

Tanpa disangka, salah seorang daripada anak perempuannya mencelah, “Mak, kalau boleh mak tak usahlah ambil bahagian mak tu. Mak tolaklah (serahkan) kepada kita semua ni. Kalau mak ambil, susah kemudian hari. Kalau mak mati, susah pulak kita kena datang ke pejabat buat pusaka mak”.

Si ibu tersentak. Dari air mukanya saya dapat bayangkan apa yang difikirkan oleh ibu itu. Si ibu tunduk dan merenong jauh. Sebelum sempat ibu berkata-kata, anak perempuan tadi menyambung lagi, “Kalau boleh semua tanah-tanah atas nama mak, mak tukar nama kepada kita semua. Baru senang kemudian hari. Kalau mak mati, kita tak payah datang ke pejabat buat pusaka mak”.

Ibu mereka diam tidak berkata apa-apa. Tiba-tiba seorang anak yang lain pula menambah, “Kalau mak nak ambil bahagian mak, tak apa. Mak boleh ambil, tetapi dengan satu syarat, mak tak boleh kahwin lain”.

Saya percaya saudara semua faham mengapa anak tidak benarkan ibu mereka berkahwin lain. Saya tidak tahu bagaimana perasaan si ibu ketika itu. Tetapi dari air mukanya saya dapat bayangkan. Suasana dalam kamar pusaka di kala itu sungguh muram.

Siapakah anak-anak ini?

Takdir tuhan tiada siapa yang tahu. Hidup mati di tangan tuhan yang menentukan. Khabarnya, dua bulan selepas itu si anak yang mati dahulu kemalangan jalan raya. Wallahuaklam.



Maklumat lanjut:
Apa itu wasiat?
Lapan sebab kenapa kita patut membuat wasiat
Tak mungkin terjadi, tapi inilah realiti 
Perbandingan memiliki wasiat dan tanpa wasiat 



Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:



Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda

No comments:

Post a Comment