Sunday, August 7, 2011

Wasiat

Apa itu Wasiat?


Ramai orang mendengar perkataan 'wasiat', tetapi apakah anda tahu apa maksud sebenar wasiat. Orang dulu-dulu bila berlaku kematian, waris atau kerabat terdekat akan bagitau si arwah ada beritahu macam ni, rumah ni beri kepada si anak no 1, tanah kepada anak no 2 etc; jadi adakah ini juga 'wasiat'?

Ni dia jawapan sebenar: Wasiat adalah satu deklarasi oleh seseorang semasa hayatnya ke atas harta atau manfaatnya untuk kebajikan atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam yang berkuatkuasa, selepas kematiannya.

Jadi
1. Ianya merupakan satu dokumen bertulis
2. Ianya dibuat semasa hidup
2. ditandatangani/dicap jari oleh pewasiat
3. ditandatangani/dicap jari oleh 2 orang saksi lelaki Islam

Hasilnya, wasiat cakap mulut tidak terpakai lagi masa kini, atau dokumen wasiat yang tidak ditandatangani oleh pewasiat berserta saksi tidak dikira dokumen yang sah menurut undang-undang.

Apakah kelebihan menulis Wasiat

1. Mempercepatkan proses pembahagian harta
     Apabila seseorang itu meninggal dunia semua aset akan dibekukan. Pembahagian kepada waris hanya boleh dibuat apabila Probate atau Surat Kuasa Mentadbir diperolehi daripada Mahkamah Tinggi. Bagi kes si mati meninggal tanpa wasiat, Bon Pentadbiran dan penjamin diperlukan sebelum Surat Kuasa Mentadbir diberikan.

2. Mengelak pertelingkahan di dalam keluarga.
     Di bawah ini ada keratan akhbar, banyak lagi kes-kes di mana ahli keluarga putus hubungan sampai bunuh-membunuh pun ada,  Nauzubillah min zalik.
 
3. Melantik wasi yang boleh dipercayai untuk mentadbir aset anda sama ada terdiri daripada individu atau Syarikat Amanah.
    Amanah sangat penting, jika individu yang dilantik sebagai wasi pecah amanah, waris-waris tidak akan mendapat hak-hak mereka seperti dalam hukum syarak. 


4. Melantik penjaga harta untuk kanak-kanak.
    Dokumen wasiat membolehkan pewasiat (hanya kepada lelaki sahaja) melantik mana-mana individu atau Syarikat Amanah sebagai penjaga harta untuk anak-anaknya yang di bawah umur. Sekali lagi dinasihatkan jika mahu melantik individu agar melantik individu yang dipercayai dan amanah. 

5. Menyenaraikan semua hutang-hutangnya samada dunia dan akhirat.
    Dengan adanya senarai hutang-hutang ini di dalam dokumen wasiat akan memudahkan wasi atau pentadbir menyelesaikan pembayaran hutang-hutangnya dahulu sebelum pembahagian harta kepada waris dilakukan.

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi". (riwayat At-Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi)


Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Talipon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep@gmail.com

No comments:

Post a Comment