Sunday, August 14, 2011

Lapan Sebab Mengapa Kita Patut Membuat Wasiat


Amanat terakhir si-mati  kepada keluarga wajar dimasukkan dalam wasiat

1. Perlantikan Wasi (Pentadbir Harta)

Pewasiat mempunyai kuasa melantik Wasi seperti yang dinamakan dalam surat wasiatnya bagi menguruskan pengagihan hartanya kepada pewaris atau orang yang wasiatkan. Hak ini terbatal dengan sendirinya apabila seseorang meninggal dunia tanpa membuat wasiat. Maka adalah menjadi tanggungjawap pewaris berkumpul bagi melantik pentadbir dan seterusnya bagi mendapatkan Surat Kuasa mentadbir.

Ini bermakna proses penyelesaian hutang si-mati dan pengagihan harta kepada si-mati dapat dilaksanakan lebih cepat dengan adanya wasiat.

2. Mengamankan Roh Si-Mati

Apabila wasiat ditulis, adalah menjadi tugas Wasi dan waris menyelesaikan hutang si-mati dunia dan akhirat sebelum harta diagihkan kepada pewaris atau orang yang diwasiatkan. Hutang dunia termasuklah hutang dengan bank dan hutang dengan kawan-kawan. Hutang akhirat termasuklah belum naik haji, hutang puasa, nazar dan zakat. Hutang si-mati hanya dapat diselesaikan apabila wasi dan waris mengetahui jumlah harta seperti yang dinyatakan dalam wasiatnya.

Tanpa menulis wasiat, waris-waris mungkin tidak dapat menyelesaikan hutang si-mati kerana tidak mengetahui jumlah dan lokasi harta si mati.

 
3. Hak Si-Mati Memberi 1/3 Harta Kepada Bukan Waris

Pewasiat berhak berwasiat bagi membahagikan 1/3 daripada hartanya kepada bukan waris - contohnya anak angkat, bapa angkat, ibu-bapa bukan Islam, masjid, rumah anak yatim dan sekolah agama. Apabila meninggal dunia, hak membahagikan harta kepada bukan waris tidak ada lagi. Harta si-mati 100% menjadi hak waris seperti anak kandung, ibu-bapa dan isteri. 

Sekiranya kita berhajat hendak membahagikan harta kepada bukan waris, maka hendaklah kita menulis wasiat.

4. Memberi Isteri Harta Lebih Daripada 1/8

Mengikut Hukum Faraid, suami yang meninggalkan isteri dan anak, maka hak isteri terhadap harta suami adalah 1/8. Suami boleh memberi lebih 1/8 harta kepada isterinya jika ia membuat wasiat (dengan andaian semua waris mematuhi wasiatnya). Tetapi, jika suami tidak meninggalkan wasiat, isteri akan mendapat 1/8 harta suaminya itu iaitu berdasarkan Hukum Faraid. Ini kerana semua waris mempunyai hak mutlak ke atas harta si-mati.

5. Mempastikan Harta Dapat Kepada Anak Perempuan

Mengikut Hukum Faraid, suami yang meninggalkan isteri dan beberapa anak perempuan tanpa ada waris lelaki, maka sebahagian daripada hartanya akan menjadi milik Baitul-Mal. (Hak isteri hanya 1/8 dan hak anak-anak perempuan adalah 2/3 di bawah Faraid). 

Sekiranya suami mahukan kadar pembahagian harta mengikut kehendaknya, maka wajar suami/bapa membuat wasiat semasa hidup.

7. Mempercepatkan Pembahagian Harta Kepada Waris

Surat Wasiat dapat memudah dan mempercepatkan pembahagian harta kepada waris. Ini kerana kadar pembahagian harta kepada setiap waris dinyatakan dengan jelas dalam wasiat. Sebaliknya, persetujuan waris diwajibkan sebelum harta diagihkan kepada waris.

8. Mengurangkan Perbalahan Di Kalangan Keluarga

Wasiat dapat mengurangkan perbalahan di kalangan keluarga mengenai harta si-mati. Biasanya kaum keluarga akan menghormati wasiat si-mati mengenai harta yang hendak dibahagikan kepada penerimanya. Biasanya perbalahan akan berlaku di kalangan ahli keluarga bagi berebut harta pusaka kerana si-mati tidak meninggalkan wasiat bertulis.

9. Menyampaikan Pesanan Terakhir

Pewasiat boleh memberi pesanan atau amanat terkhirnya dalam wasiatnya dan tidak hanya berwasiat bagi mengagihkan harta. Antara pesanan terakhir yang boleh ditulis ialah supaya isteri, anak dan cucu sentiasa mengamalkan suruhan agama, mematuhi nasihat orang tua, sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu-bapa, mendoakan kebaikan kepada roh pewasiat. 

Tanpa Wasiat bertulis, mungkin pewasiat tidak sempat menyampaikan pesanan terakhirnya. Ini kerana tidak siapa tahu bila dia akan meninggal dunia.


Sekiranya memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan wasiat, boleh hubungi saya:

Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep@gmail.com

No comments:

Post a Comment