Wednesday, August 17, 2011

Apa itu Faraid

Sebelum anda membuat perancangan harta pusaka, perlulah kembali kepada asas pembahagian harta pusaka ini, iaitu FARAID. Setelah anda memahami Faraid, barulah anda boleh merancang bagaimana harta pusaka anda hendak dibahagi-bahagikan kepada waris atau bukan waris. Jika anda merasakan wasiat yang dibuat tidak dapat memenuhi kesemua kehendak anda atau berkemungkinan ditentang oleh waris, maka anda boleh melihat instrumen lain yang disediakan oleh as-Salihin seperti deklarasi harta sepencarian, deklarasi hibah dan amanah.

FARAID

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.
Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti  anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

Hukum Berkenaan Faraid 

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.

Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaa Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui di mana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.

Di dalam surah An-Nisa' ayat 11-13 telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang berian sekiranya ingkar dengan perintah Allah ini.

Maksud surah An-Nisa', ayat 14:
"Dan barangsiapa yang mendurhaka Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan".

Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam dengan ketentuan Allah, maka Allah akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamany. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.

Bagaimana Pengiraan Faraid Dilakukan 

Anda boleh melawat laman web ini, ianya menceritakan secara details berkaitan Faraid:

Dengan menggunakan pengiraan Sistem Maklumat Faraid di laman web tersebut, anda dengan ditunjukkan bagaimana pembahagian setiap waris akan dapat jika anda meninggal dunia.

Apa kaitan Faraid dengan Perancangan Harta Pusaka?

Satu soalan yang bagus. 

Apabila anda telah melihat pembahagian setiap waris akan dapat, maka anda bolehlah meletakan hasrat-hasrat anda di dalam dokumen wasiat. Hasilnya, jika semua waris and bersetuju dengan hasrat tersebut (contoh: rumah hendak dibahagi samarata antara anak-anak), maka pihak Wasi (pentadbir) akan melakukan pembahagian harta pusaka anda menurut hasrat-hasrat tadi. Manakala jika terdapat penentangan dari semua atau salah seorang waris, maka pembahagian mengikut Faraid akan terpakai.

Dan terdapat instrument lain yang disediakan oleh pihak as-Salihin iaitu Deklarasi Harta Sepencarian dan Deklarasi Hibah, bila mana anda mahukan hasrat-hasrat anda tertunai.    


Sekiranya memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:

Abd Karim Abu Bakar
Syariah Estate Planner
Telefon/Wassap: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep<at>gmail.com
FB Page: Perancangan Harta Pusaka Anda

1 comment:

  1. Faraid nerupakan kadar pembahagian dan ketetapan siapa waris yang layak menerima harta pusaka. Ia merupakan garis panduan oleh Allah terhadap pembahagian harta pusaka kepada umat Islam sekiranya waris tiada kesepakatan untuk bersetuju terhadap cara pembahagian si mati atau secara sama rata. Ini kerana jika faraid wajib seperti solat jenazah maka tiada istilah pembahagian sama rata dan waris terpaksa menggunakan sistem ini untuk pembahagian walau bagaimana sekali pun..kenyataan di perenggan pertama (faraid itu wajib) bertentangan dengan kenyataan anda di perenggan terakhir iaitu "jika semua waris bersetuju dengan hasrat tersebut (contoh: rumah hendak dibahagi samarata antara anak-anak), maka pihak Wasi (pentadbir) akan melakukan pembahagian harta pusaka anda menurut hasrat-hasrat" Wallahuallam.

    ReplyDelete