Sunday, October 9, 2011

FAQ (2): Perancangan Harta Pusaka

PROSES MEMBUAT DOKUMEN WASIAT

Soalan: Apakah dokumen yang saya perlu kumpulkan untuk menyediakan dokumen wasiat saya ?
Jawapan : Sebenarnya, dokumen-dokumen yang perlu adalah seperti geran tanah, rumah, nombor akaun KWSP, nombor akaun bank, nombor Amanah Saham Bumiputera, salinan kad pengenalan dan surat beranak waris-waris. Walau bagaimanapun dokumen-dokumen ini tidak perlu disertakan di dalam borang penyediaan dokumen wasiat kepada as-Salihin.


Soalan : Apakah itu Wasi dan apa peranannya ?
Jawapan : Wasi ialah individu atau entiti yang kita percayai dan fungsi utamanya ialah untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka  serta menjalankan arahan-arahan  lain di dalam dokumen wasiat.
 
Soalan: Jika saya boleh melantik mana-mana individu untuk menjadi wasi Wasiat saya. Kenapa perlu saya melantik as-Salihin? Jawapan: Adalah lebih baik melantik as-Salihin sebagai wasi. Jika anda fikirkan bahawa orang kesayangan anda mungkin tidak mampu berfungsi dan bertugas sebagai wasi, anda wajar melantik as-Salihin sebaga wasi utama atau wasi ganti. Kelebihan melantik as-Salihin sebagai Wasi anda adalah seperti berikut :
(a) Warisan kekal dan berterusan
Sebagai sebuah syarikat, as-Salihin bersama kakitangan undang-undang akan sentiasa memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga pembahagian harta yang terakhir
(b) Bertanggungjawab dan Adil
Tidak seperti pemegang amanah individu, as-Salihin adalah badan pengawal di bawah obligasi undang-undang untuk memastikan wang sentiasa dijaga. Selain itu, sebagai badan korporat, as-Salihin bebas dan adil kepada semua benefisiari berbanding Wasi atau pemegang amanah individu yang mungkin mempunyai hubungan atau terikat dengan emosi.
(c) Profesional dan berkemampuan
Dengan melantik as-Salihin, anda akan dijamin dengan profesional dan berkemampuan dalam menjalankan keseluruhan pentadbiran pada kos yang berpatutan.
(d) Mempercepatkan proses undang-undang
  1. Dengan Wasiat dan melantik as-Salihin sebagai Wasi, tdak akan berlaku pertelingkahan untuk memilih siapa yang wajar mentadbir harta pusaka. Hanya wasi yang dilantik di dalam Wasiat mempunyai hak mentadbir.
  2. Tidak perlukan jaminan untuk memperolehi probet di mahkamah tinggi. as-Salihin sebagai Wasi tidak perlu mencari penjamin ketika memohon probet
Soalan : Adakah perlantikan wasi sahaja merupakan fungsi wasiat ?
Jawapan : Tidak sekali-kali. Walaupun kami menyatakan bahawa elemen utama di dalam dokumen wasiat ialah perlantikan wasi, perkara-perkara lain juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat seperti pengisytiharan hutang (dunia dan akhirat), cara penyelesaian hutang, cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga harta anak di bawah umur 18 tahun, wakaf, peruntukan perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak malah bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan  di dalam dokumen wasiat. Di as-Salihin, terdapat juga instrument lain yang melengkapi dokumen wasiat seperti deklarasi harta sepencarian dan deklarasi hibah.

Soalan: Bolehkah saya mengubah kandungan Wasiat saya dan bilakah boleh saya berbuat demikian? Jawapan: Anda boleh mengubah Wasiat anda pada bila-bila masa yang anda mahu. Islam membenarkan pewasiat membatalkan Wasiatnya ketika masih hidup.

Soalan : Cara pembahagian harta pusaka juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat ?
Jawapan : Ya. Pewasiat boleh menyatakan di dalam dokumen wasiatnya bagaimana hartanya boleh dibahagikan selepas kematiannya. Contohnya, pewasiat boleh menyatakan supaya harta pusakanya dibahagikan sama rata di antara anak perempuan dan lelakinya. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sama ada arahan pembahagian harta ini boleh dilakukan ataupun tidak bergantung kepada persetujuan waris-waris. Sekiranya waris-waris tidak bersetuju dengan arahan itu, Hukum Faraid tetap akan digunapakai.


Soalan: Jadi, waris-waris boleh untuk tidak bersetuju dengan arahan cara pembahagian harta di dalam dokumen wasiat ?
Jawapan : Ya. Sekiranya mereka tidak bersetuju, Hukum Faraid akan tergunapakai tetapi sekiranya mereka bersetuju dengan arahan tersebut, formula pembahagian harta seperti yang dinyatakan di dalam dokumen wasiat itu akan digunapakai.


Soalan : Kalau arahan pembahagian itu boleh dicabar, apa gunanya saya membuat dokumen wasiat ?
Jawapan : Seperti yang dinyatakan pada awalnya, dokumen wasiat itu disediakan dengan tujuan utama untuk mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan ia boleh dilaksanakan dengan hanya menyatakan perlantikan wasi di dalamnya. Jika dokumen wasiat itu tidak menyatakan tentang bagaimana harta pusaka itu hendak dibahagikan, maka secara automatik , Hukum Faraid akan digunapakai. Jadi, klausa cara pembahagian harta ini boleh ada atau tidak di dalam dokumen wasiat. Kesimpulannya, tujuan utama dokumen wasiat ialah untuk mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan bukannya untuk pembahagian harta.


Anda mahu membuat wasiat atau ingin maklumat lanjut? Hubungi saya:
Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep@gmail.com

No comments:

Post a Comment