Sunday, October 23, 2011

FAQ (3): Perancangan Harta Pusaka

DOKUMEN DEKLARASI HIBAH (PRI-HIBAH) DAN DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN

Soalan : Jadi, apakah instrumen terbaik untuk saya mewariskan harta sekiranya dokumen wasiat itu boleh dicabar ?
Jawapan : Sebenarnya, terdapat dua instrument di as-Salihin yang boleh dilakukan semasa hidup.
Instrumen pertama: Instrumen terbaik untuk mewariskan harta ialah Dokumen Deklarasi Hibah (Pri-Hibah). Harta yang telah dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan secara tidak langsung tidak perlu difaraidkan.
Intrument kedua: Deklarasi Harta Sepencarian di antara pasangan suami isteri. Pembahagian bahagian harta sepencarian bagi sesuatu harta diisytiharkan di dalam dokumen ini.

Soalan : Apakah maksud Hibah ?
Jawapan : Hibah bererti pemberian sesuatu harta kepada penama / waris di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan.

Soalan : Bagaimanakah mekanisme Deklarasi Hibah (Pri-Hibah) itu berjalan ?
Jawapan : Apabila seseorang ingin mewariskan sesuatu hartanya kepada waris-waris tertentu, dia perlu untuk menyediakan Dokumen Deklarasi Hibah (Pri-Hibah) dan Surat Ikatan Amanah. Walaupun perisytiharan hibah ini dibuat pada masa hidupnya, tetapi pertukaran hak milik tanah tersebut hanya akan berlaku selepas kematian penghibah.

Soalan : Apakah maksud Harta Sepencarian ?
Jawapan : Harta yang diperolehi secara usahasama oleh suami dan isteri.

Soalan : Bagaimanakah mekanisme Deklarasi Harta Sepencarian itu berjalan ?
Jawapan: Pasangan suami dan isteri menisytiharkan bahagian masing-masing ke atas harta di dalam Dokumen Deklarasi Harta Sepencarian dan ianya berkuat kuasa serta merta. Contohnya, satu rumah diisytiharkan bahagian si suami sebanyak 50% dan isteri 50%. Jika si suami meninggal, maka hanya 50% daripada rumah itu merupakan harta pusakanya manakala 50% lagi BUKAN harta pusakanya (bahagian isteri).


Anda mahu membuat wasiat atau ingin maklumat lanjut? Hubungi saya:
Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep@gmail.com

No comments:

Post a Comment