Thursday, December 15, 2011

3 Sebab Melayu Abai Wasiat



1.   Beranggapan hanya sistem Faraid digunapakai.

Anggapan ini hakikatnya salah sama sekali, arahan dalam wasiat akan sentiasa diambil berat kerana ia adalah arahan yang dikehendaki penulis wasiat (simati).  Sekalipun penentuan pecahan dalam penerima hukum faraid sudah ada, Pewasiat boleh menentukan mengikut apa yang dia mahukan dalam wasiat.  Pewasiat boleh menulis amanat dalam wasiatnya supaya semua waris menerima arahan wasiatnya dan tidak berbantah-bantah.  Hukum faraid akan digunakan jika terdapat waris yang membantah terhadap arahan wasiat tersebut. Ini bermakna ia akan mendapat haknya seperti dalam peruntukan faraid.  Dalam kebanyakan kes, para waris bersetuju dengan arahan wasiat kerana menghormati Pewasiat yang juga mungkin bapa atau ibu mereka sendiri.

2.   Beranggapan pengagihan harta secara automatik kepada waris.

Anggapan ini sangat salah sama sekali. Jika berlaku kematian kepada waris anda, pihak waris terpaksa melalui banyak liku-liku dan peringkat untuk mencairkan harta pusaka tersebut.  Antara perkara yang menjadi rumit ialah soal dokumentasi harta pusaka tersebut. Tidak semua waris tahu di mana harta benda anda dan di mana dokumennya.  Soalan menentukan siapakan yang menjadi wasi atau pentadbir yang dipersetujui semua waris selalu menjadi rumit dan kusut.  Hendak mencari waris pun sudah menjadi satu perkara yang melecehkan apatah lagi ingin mendapatkan persetujuan siapa yang layak menjadi wasi.

3.   Beranggapan tidak berharta

Ini merupakan anggapan pasif yang kerap disuarakan oleh orang melayu. Mereka kerap kata tak berharta sedangkan mereka berharta sebenarnya.  Apa yang akan anda miliki sekarang.

a.  Simpanan KWSP sekitar RM100,000
b.  Mempunyai 1 buah rumah bernilai RM200,000 (MRTA insuran)
c.  Mempunyai 1 polisi insuran nyawa bernilai RM200,000
d.  Mempunyai simpanan bank, Tabung Haji, koperasi dan pelaburan bernilai RM50,000
e.  Mempunyai sekeping tanah anggaran bernilai RM100,000
f.  Mempunyai kenderaan nilai bersih RM30,000 (Selepas tolak hutang pinjaman)

Harta benda di atas hanyalah harta asasi yang biasanya dimiliki oleh semua dari kita, ia belum termasuk jika anda mempunyai saham perniagaan, hartanah dalam dan luar negara.  Siapa kata anda tidak berharta ?.. Kita perlu menentukan siapakah yang wajar mewarisi harta benda kita.  Adakah anda mahu harta benda yang anda sayang menjadi rebutan antara waris sehingga berlaku keretakan dan permusuhan ke 7 generasi. 

Dari contoh di atas jelas sama sekali kita memiliki harta yang banyak. Sudah tentu kita memerlukan wasi yang amanah untuk mentadbir harta benda tersebut selepas kematian kita.  Tidak kira berapa banyak harta kita, ia tetap memerlukan wasi atau pentadbir untuk menguruskannya.  Sekiranya harta anda mencecah nilai kasar 600 ribu semasa anda meninggal dunia, anda memerlukan pelantikan 2 orang pejamin bon bernilai sama dengan nilai harta tersebut.  Sekiranya anda melantik wasi dari syarikat Trustee seperti as-Salihin, jaminan tersebut tidak diperlukan.

Ada satu lagi alasan biasa, nanti dulu sebab rasa masih sihat dan ada masa yang panjang untuk berwasiat.  Adakah kita pasti esok kita akan hidup atau terus sihat, cuma lihat jiran, kawan-kawan kita dan baca media berapa ramai yang masih muda dan sihat menemui illahi, tiba-tiba jatuh sakit atau tiba-tiba mendapat kemalangan jalan raya dan meninggal.



Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:



Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda


No comments:

Post a Comment