Saturday, December 17, 2011

Perbandingan Memiliki Wasiat dan Tanpa Wasiat

1. Jika Kematian Memiliki Wasiat,
Mereka yang bukan waris seperti anak angkat, anak tiri, keluarga mualaf yang masih belum memeluk Islam, dan mereka yang selama ini bergantung kepada anda boleh diperuntukan wasiat untuk mereka.

Kematian Tanpa Wasiat, ini yang berlaku...
Mengikut hukum Islam, mereka yang tergolong dalam kumpulan ini tidak mempunyai hak di bawah hukum faraid. Mereka mungkin akan mengalami kesukaran tanpa sokongan anda lagi selepas ketiadaan anda.

2. Jika Kematian Memiliki Wasiat,
Anda mempunyai hak untuk melantik wasi/pentadbir pusaka pilihan anda sendiri yang anda yakini untuk mentadbir pusaka anda dan melaksanakan pelbagai hasrat anda, serta menjamin hak dan kepentingan orang-orang kesayangan anda.

Kematian Tanpa Wasiat, ini yang berlaku...
Mahkamah dan undang-undang akan menentukan untuk anda. Kemungkinan tidak sepertimana pilihan anda.

3. Jika Kematian Memiliki Wasiat,
Tidak akan berlaku perselisihan atau ketidakpuasan hati di kalangan keluarga mengenai pemilihan pentadbir kerana ia adalah atas pilihan anda sendiri.
   
Kematian Tanpa Wasiat, ini yang berlaku...
Kemungkinan akan berlaku konflik keluarga terhadap perlantikan pentadbir pusaka yang mengakibatkan perbalahan dan tidak mendapat kerjasama yang baik di kalangan ahli keluarga.

4. Jika Kematian Memiliki Wasiat,
Anda boleh melantik penjaga bagi anak-anak anda di bawah umur mengikut pilihan anda supaya dapat memastikan sokongan, kesihatan dan pendidikan anak-anak anda terjamin.
   
Kematian Tanpa Wasiat, ini yang berlaku...
Mahkamah dan undang-undang akan menentukan untuk anda. Kemungkinan tidak sepertimana pilihan anda.

5. Jika Kematian Memiliki Wasiat,
Tidak memerlukan penjamin untuk mendapatkan 'Grant of Probate' (Surat Kuasa Mentadbir Pusaka).
   
Kematian Tanpa Wasiat, ini yang berlaku...
Dua penjamin diperlukan bagi mendapatkan 'Letter of Administration'. Setiap penjamin tersebut  mestilah mempunyai aset menyamai nilai kasar harta simati. Ini tentunya akan menyulitkan dan melambatkan lagi proses pentadbiran pusaka.

6. Jika Kematian Memiliki Wasiat,
Kos guaman untuk memohon 'Grant of Probet' lebih murah.
   
Kematian Tanpa Wasiat, ini yang berlaku...
Kos guaman untuk mendapatkan 'Letter of Administration' (LA) lebih mahal.

7. Jika Kematian Memiliki Wasiat,
Dengan adanya wasiat, keseluruhan proses penyelesaian pusaka mengambil tempoh masa yang singkat hanya dalam beberapa bulan.
   
Kematian Tanpa Wasiat, ini yang berlaku...
Proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa yang lebih lama, mungkin bertahun-tahun. Kemungkinan aset akan mengalami kemerosotan nilai ketika LA diperolehi.

8. Jika Kematian Memiliki Wasiat,   
Orang-orang kesayangan anda terlindung daripada masalah kewangan.
   
Kematian Tanpa Wasiat, ini yang berlaku...
Keluarga anda mungkin akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius!!!

Kini pilihan di tangan anda. Anda boleh memilih samada untuk memiliki dokumen wasiat dan mendapat manfaat yang begitu bernilai, atau memilih untuk tidak memiliki wasiat dan menghadapi pelbagai masalah dan risiko seperti yang dinyatakan di atas.







Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:


Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda

No comments:

Post a Comment