Monday, November 5, 2018

Wang Khairat ASNB

Masih ramai pendeposit Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN) dan lain-lain tabung amanah di ASNB tidak mengetahui bahawa mereka layak menerima wang khairat apabila meninggal dunia.

Saya cuba mencari maklumat di portal ASNB (http://www.asnb.com.my) tapi tidak menjumpai apa-apa maklumat berkaitan wang khairat kematian. Cuma yang ada artikel lama akhbar Utusan di sini: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=bs_07.htm

Keratan Akhbar Utusan bertarikh 08/07/1998


Sebenarnya waris boleh menuntut wang khairat kematian ini dalam masa enam (6) bulan selepas kematian pemegang akaun. Tak kira jika pencarum ada banyak akaun, katakan ada 3 akaun seperti ASB, ASN dan ASW2020, tetap hanya boleh tuntut wang khairat kematian sekali sahaja.

Syarat-syaratnya:
1. Bagi simpanan 10 unit hingga 4,999 unit, khairat kematian sebanyak RM 200.00 (dua ratus).
2. Simpanan 5,000 unit hingga 10,000 unit, khairat kematian sebanyak RM 1,000.00 (satu ribu).
3. Simpanan 10,001 unit ke atas, khairat kematian sebanyak RM 2,000.00 (dua ribu).

Wang khairat ini boleh dituntut di pejabat ASNB dan juga agent ASNB seperti Maybank, CIMB, RHB dan Pejabat Pos. Tapi kena check dengan agent kerana apabila saya ke RHB bank mereka minta saya pergi terus ke pejabat ASNB.

Di Maybank pula, mereka menerima walaupun kerani di kaunter mengatakan mereka jarang terima urusniaga wang khairat ASNB, jadi terpaksalah mereka menghubungi pihak ASNB sebab sistem kepunyaan ASNB, untuk mendapatkan step-step di dalam sistem tersebut. Hampir sejam lebih juga dengan beberapa kali telefon ASNB, dengan beberapa kali saya duduk kena panggil ke kaunter dan ulang alik duduk ke kaunter haha. Anyhow saya solute kerani di situ sebab tolong dari mula sampai selesai proses.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menuntut wang khairat ASNB.
1. Beritahu kaunter pertanyaan yang anda hendak membuat urusan wang khairat kematian. Kaunter akan berikan borang Bantuan Khairat BS 6 seperti di bawah. Anda akan di minta untuk isikan dahulu sebelum no giliran diberikan.

Borang Bantuan Khairat BS 6


2. Sediakan dokumen original seperti berikut: 
     a. Sijil kematian asal 
     b. Surat Beranak asal waris yang menuntut 
     c. Kad Pengenalan asal waris yang menuntut 

Kalau boleh kesemua dokumen di atas di buat satu salinan (copy), jika tak sempat tak pe, kerani kaunter akan fotostatkan untuk anda. 

3. Bila dah dapat no giliran, anda bolehlah menunggu di tempat yang sepatutnya sehingga no anda di panggil. 

4. Apabila no anda di panggil, banker akan proses permohonan. Kalau dapat banker yang biasa buat akan cepat. Kalau kena macam saya jadilah macam saya ceritakan seperti di atas haha. 

5. Dalam kes saya, arwah ayah mempunyai simpanan melebihi 10 ribu unit, maka jumlah wang khairat yang diterima sepatutnya RM 2 ribu. Tapi agent hanya boleh bagi RM 200 secara cash. Baki akan ASNB berikan dalam bentuk cek. 

6. Laju juga ASNB berikan cek ni. Saya buat urusan di Maybank hari isnin 29 Oktober 2018, dapat cash RM 200. Hari Jumaat dah terima cek berjumlah RM1,800 menerusi surat, seperti di bawah. Jika lihat cek bertarikh 30 Oktober 2018, maksudnya sehari selepas terus cek dikeluarkan oleh ASNB. Tempoh terima berdasarkan kelajuan pihak Pos Malaysia menghantar surat tersebut.


Cek dari ASNB


Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menuntut wang khairat kematian ASNB
. 
. 
. 
Abdul Karim Abu Bakar 
Shariah Estate Planner 
011-1035 6552

Monday, July 16, 2018

Ibadat Haji Dan Tuntutan Berwasiat

Mulai 1 Zulkaedah 1439H semalam bermula penerbangan bakal-bakal haji dari KLIA ke lapangan terbang Madinah atau Jeddah. Para duyufurrahman akan melakukan manasik haji.

Selama 40 hari para jemaah akan berada di tanah haram. Segala persiapan spiritual,  mental, fizikal dan kewangan telah dimulai dari awal lagi.

Para jemaah akan meninggalkan kampung halaman, keluarga, sanak saudara, ayam itik jauh dalam perjalanan mencari keredhaan Allah dan mendapatkan haji mabrur.

Dipesan kepada isteri/suami, anak-anak, ibu bapa agar jangan risau. Disediakan segala keperluan dan duit untuk keluarga supaya kehidupan keluarga di tanahair tidak terjejas. Supaya mereka senantiasa baik manakala para  duyufurrahman senang dalam membuat ibadah, tidak terganggu dan khusyuk.

Jadi dituntut juga para jemaah haji agar membuat wasiat. Jika nyawanya diambil Allah dalam perjalanan ibadah agung ini adalh diharap dapat keredhaanNya. Tapi bagaimana dengan sanak keluarga di kampung.

Oleh itu dituntut para jemaah haji agar membuat dokumen wasiat. Di dalam dokumen ini dilantik pentadbir (wasi) yang amanah agar segala urusan pusaka dapat diuruskan dengan sistematik dan pantas.

Dilantik juga penjaga harta bagi anak-anaknya yang bawah umur. Agar harta tersebut diuruskan dengan amanah untuk kemaslahatan anakanda tercinta.

Juga di wasiatkan sebahagian pusakanya untuk amal jariah. Sedekah dan wakaf diarahkan pentadbir uruskan supaya berkekalan bekalan pahala untuknya di sana.

Juga segala hutang-piutangnya ditulis agar pentadbirnya boleh membayar menggunakan pusakanya dengan segera. Tidak mahu roh dianya tergantung antara bumi dan langit.

Perjalanan para duyufurahman ni ibarat perjalanan terakhir mendapat keredhaan Allah. Semoga para jemaah haji semua mendapat haji yang mabrur.

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Kamu diwajibkan, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertakwa." (Surah al-Baqarah, ayat 180)

Labbaik Allahumma Labbaik

Nota: Jika tuan puan para jemaah haji perlu membuat dokumen wasiat segera. Perkhidmatan ini disediakan oleh saya. Dokumen wasiat akan siap on-the-spot.
.
.

Abdul Karim Abu Bakar
Shariah Estate Planner
011-1035 6552

Wednesday, June 20, 2018

Panduan Permasalahan Pusaka

Balik beraya Aidilfitri ni akan timbul isu pusaka dan faraid.

Pak Ngah yang baru meninggal dunia Ramadhan lalu. Anak-anak Pak Ngah agak kebingungan tak tahu macamana nak uruskan pusaka ayah mereka. Tanya emak pun emak cuma cakap cuba tanya ustaz kat surau.

Mak Lang baru sahaja kematian ibunya, dan mak lang dengan adik perempuannya baru diberitahu oleh bapa saudara mereka yang mereka menuntut pusaka. Mak Lang tak mengaji tinggi. Mak Lang tak tahu samada tuntutan bapa saudara tu betul atau tak. Mak Lang juga berasa malu nak tanyakan orang lain. Takut pak sedara nanti berasa hati dan marahkan mereka

Adik-beradik Along berkumpul balik beraya dan meminta Along mulakan urusan pusaka ayah mereka yang telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu. Along yang paling tua. Along lah yang kena uruskan. Along sudah kepeningan. Along ada kerja selalu pegi offshore. Nak mula pun tak tahu nak start di mana. Mana pegi semua dokumen arwah ayah.

Begitulah sebahagian cebisan kes-kes pusaka. Banyak yang tak diuruskan dengan betul. Banyak yang tak selesai. Masa kan tidak keluar berita RM 70 billion harta pusaka umat Islam masih terbeku.

Jadi saya terpanggil untuk kongsikan. Sekarang ini permasalah kes-kes pusaka ni sudah dipermudahkan. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat di hujung jari anda (secara online).

Caranya seperti berikut. Pak Ngah, Mak Lang dan Along boleh ikuti langkah di bawah. Kalau Pak Ngah dan Mak Lang tak reti internet,  online bagai ni, mintalah tolong anak-anak atau saudara/sahabat yang reti komputer. Panduan ini juga boleh di akses guna smartphone/tab selagi mana ada akses internet.

Langkah 1. Buka laman web dan taip http://bit.ly/mypusaka

Langkah 2. Klik "TeleKaunsel Percuma"



Langkah 3. Masukan butiran tuan seperti yang dikehendaki. Pastikan butiran betul sebab pihak myPusaka akan hubungi tuan memgikut butiran yang dimasukkan.

Butiran yang dikehendaki seperti nama, alamat, emel, no handphone, jantina, umur.




Langkah 4. Pilih "Khidmat Nasihat" yang dikehendaki. Terdapat 6 pilihan samada:
i. Rancang harta saya (Wasiat/Hibah)
ii. Urus pusaka yang di warisi
iii. Urusan pecah geran
iv. Surat ikatan amanah
v. Pewarisan harta anak bawah umur
vi. Wakaf harta



Pilih khidmat nasihat yang berkaitan dengan permasalahan pusaka tuan.

Langkah 5. Bahagian "ID Agent", "Nama Agent" dan "Email Agent" sepatutnya sudah terisi secara automatik. Jika tidak, masukkan nama agent = Tun Abdul Karim.

Langkah 6. Masukan ringkasan Permasalahan tuan di kotak "Ringkasan Kes" selengkap yang mungkin.



Langkah 7. Tekan butang "Hantar"

Langkah terakhir. Anda tunggu. Pihak Kaunselor Mypusaka yang berpengalaman dalam urusan pusaka akan menyemak permasalahan kes dan tuan akan dihubungi dalam tempoh 3 hari bekerja.

Tujuannya untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan ringkasan kes yang tuan masukkan. Pihak kaunselor myPusaka akan menyemak dan memberikan khidmat nasihat berkaitan.

Jadi MUDAH kan?

Pak Ngah, Mak Lang dan Along tak perlu risau lagi. Khidmat nasihat permasalahan pusaka sekarang di hujung jari anda sahaja.

Semoga perkongsian ini dapat membantu orang ramai yang masih tidak tahu ke mana nak dapatkan pertolongan berkaitan pusaka, faraid, wasiat dan seumpamanya.

Lebih bermakna syawal ini jika anda boleh sebar dan kongsikan artikel ini.

Abd Karim Abu Bakar
Shariah Estate Planner
Telefon : 011-1035 6552
Email : abdkarimeip(at)gmail.com
FB Page: Perancangan Harta Pusaka Anda

Wednesday, May 25, 2016

Isu Pusaka Yang Viral di Whatsapp

Berikut adalah keratan viral di Whatsapp baru-baru ni. Ramai kenalan tanya betul ke berlaku macam ni. Macamana nak elak dari jadi macam ni. Jadi saya cuba relaikan permasalahan ini
================================

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki... bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..
Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.
1. Semasa hidup simati org susah, adikberadik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.
2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)
3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.
4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.
6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.
7. Simati tiada anak lelaki, so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.
8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik beradik simati.
8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.
9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah baru.

Bermula lah episod merempat si anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap lepas dpt bahagian masing2.

Walaupon berhak pada harta simat tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn  diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YEA..! dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.
Wallahu'alam

=================================

Senario di atas amat malang. Di sini saya senaraikan apa yang boleh si suami lakukan semasa HIDUP untuk elakkan dari berlaku kepada famili anda.

Sekali lagi saya tekankan apa yang saya nyatakan di bawah ini hendaklah dilakukan oleh suami/isteri semasa HIDUP. Semasa hidup ya.
1. Instrumen harta sepencarian. Suami/isteri boleh memberikan sebahagian harta kepada pasangan masing-masing. Bahagian yg diberikan bukan lagi pusaka si mati.
2. Instrument hibah. Suami boleh memberikan harta kepada isteri mahupun anak-anak beliau, bahkan orang luar pun boleh. Harta yang telah dihibah bukan lagi pusaka si mati.
3. Instrument wasiat. Suami boleh melantik si isteri sebagai penjaga harta anak-anak mereka yang di bawah umur. Jadi bahagian faraid anak-anak di bawah jagaan ibu mereka dan bukan lagi default wali seperti datuk, pak sedara si anak sebelah suami.
4. Perlu diingat, penjaga harta anak-anak di bawah umur ini hanya lah pemegang amanah. Hartaa ini hendaklah digunakan untuk kelangsungan kehidupan si anak.
Apa-apa hasil atas harta ini adalah kepunyaan anak. Bila anak dah dewasa mencapai umur 18 tahun, wajiblah penjaga harta mengembalikan harta ini kepada si anak. kat sini juga perlulah ditukarkan nama harta tersebut kepada si anak spt nama dalam geran tanah, rumah dan lain-lain
5. Sekali lagi saya ingatkan kesemua instrument di atas si SUAMI mestilah membuatnya SEMASA HIDUP.
6. Bagaimana nak membuatnya? Jumpalah mereka yang arif tentang hal-hal pusaka faraid ini atau jumpalah Islamic Estate Planner. IEP akan dapat membantu anda merancang pusaka anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Boleh share jika ianya dapat membantu saudara dan kawan anda.


Abd Karim Abu Bakar
Shariah Estate Planner
Telefon : 011-1035 6552
Email : abdkarimeip(at)gmail.com
FB Page: Perancangan Harta Pusaka Anda

Monday, August 5, 2013

Sudah buat wasiat dengan as-Salihin, apa yang saya dapat ?

Ramai juga yang bertanyakan saya apa yang pewasiat akan dapat apabila membuat wasiat dengan as-Salihin.

Saya sendiri telah membuat dokumen wasiat dengan as-Salihin pada akhir 2010. Jadi sudah hampir 3 tahun berlalu. Jadi apa yang saya dapat sebenarnya apabila selesai membuat wasiat ?

Pertama, saya akan dapat ketenangan jiwa, sebab saya sudah mempunyai perancangan pusaka bila dipanggil yang Esa nanti. saya tahu yang akan ada pihak ketiga (wasi) yang saya lantik akan menjalankan tugas yang telah diamanah. Tugasan ini meliputi seperti:
  • melangsaikan segala hutang-piutang saya samada hutang dunia atau akhirat.
  • memberikan bahagian pusaka anak-anak saya yang masih bawah umur kepada penjaga yang saya telah lantik sebagai pemegang amanah
  • membuat amal jariah (contoh sedekah pada anak yatim, maktab tahfiz quran) sepertimana yang saya arahkan pada dalam dokumen wasiat
  • dan saya boleh memastikan bukan waris faraid seperti anak angkat, anak tiri, anak susuan, mahupun anak tak sah taraf (bahasa kasarnya anak luar nikah) mendapat peruntukan bahagian yang saya telah tentukan. Saya tiada anak-anak yang disebut. Cuma nak bagitahu anda boleh memberi pusaka anda kepada mereka.
  • dan terakhir saya tahu pentadbir akan melaksanakan segala hasrat dan pesanan saya.

Keduanya, saya akan dapat seperti gambar


Dokumen Wasiat, Kad Identiti Penyimpanan dan e-PAI
Dokumen Wasiat, Kad Identiti Penyimpanan dan e-PAI

  • 1 salinan dokumen wasiat
  • 2 keping kad Identiti Penyimpanan
  • 1 keping CD Senarai Harta Peribadi (e-PAI)
Dokumen wasiat asal (original) akan disimpan oleh pihak as-Salihin Trustee untuk mengelakkan risiko kehilangan, rosak dan sebagainya.

CD e-PAI mengandungi template untuk pewasiat kemaskini senarai harta dan hutangnya dari masa ke semasa. Pewasiat boleh menghantar senarai ini kepada melalui surat atau email pihak as-Salihin untuk  tujuan rekod terkini senarai aset pewasiat.

Kad Identiti Penyimpanan haruslah disimpan oleh pewasiat manakala satu keping lagi boleh lah diberikan kepada pasangan/ibu/bapa/waris faraid yang lain atau orang yang dipercayai. Ianya amat penting, bila berlaku kematian, pihak waris boleh terus menghubungi as-Salihin Trustee Berhad. Segala maklumat dokumen wasiat and nombor contact as-Salihin ada di belakang kad identiti ini.

Ketiganya, ini juga sangat penting. Semasa membuat wasiat saya akan membuat senarai aset dan hutang. Jadi secara tidak langsung saya sebenarnya membuat rekod kedudukan kewangan saya. Baru saya tahu berapa banyak harta saya pada masa itu, berapa banyak hutang saya dan kedudukan networth (kekayaan) saya. Bila tengok hasilnya, saya terfikir.. banyak ni ke harta yang saya tinggalkan kat anak bini nanti. Cukup kah makan minum mereka nanti? Bagaimana mereka nak survive kat dunia nanti ?

Saya teringat satu hadis Nabi:
Sa’ad bin Abi Waqqash berkata, “Ketika aku sakit, Rasulullah datang menjenguk dan aku berkata, “Ya Rasulullah, bolehkah aku mewakafkan seluruh hartaku?” Nabi Saw menjawab, “Tidak.” Aku bertanya lagi, “Separuhnya?”, Nabi menjawab, “Tidak.” Aku bertanya lagi, “Sepertiganya?” Beliau menjawab, “Meninggalkan keluargamu dalam keadaan baik (senang) lebih baik daripada membiarkan mereka miskin mengemis pada orang-orang.” (HR. Bukhari)


Jadi, hasil dari membuat wasiat ini saya mendapat tahu kedudukan kewangan saya pada masa itu. Dan juga end-game bila saya pergi, berapa banyak sebenarkan harta yang saya tinggalkan pada isteri dan anak-anak saya.


Alhamdulillah, hampir 3 tahun berlalu, kesan dari membuat wasiat ini saya berusaha lebih gigih dalam meningkatkan ekonomi saya agar bila saya tinggalkan keluarga dan anak-anak saya saya tahu mereka dan bersedia dari segi kewangan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Hasilnya, networth saya meningkat sebanyak hampir 70% dari 3 tahun lepas. :) Jadi, sudah sampai masanya saya review dan revise dokumen wasiat saya ni. 

Kata sayang isteri dan anak-anak, jadi buktikanlah! Buktikan dengan membuat wasiat anda sekarang!






Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya: atau Langkah mudah klik di sini









Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com

Monday, June 24, 2013

Hibah Amanah di ASNB ?

Baru-baru ni Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memperkenalkan Hibah Amanah. ASNB merupakan pihak yang menyediakan Skim Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan sebagainya. Kita sedia maklum yang ASNB tiada penama (nominee). Maka jika berlaku kematian pemegang ASB, maka tiada cara lain kecuali waris membawa surat kuasa (Letter of Admin) atau Probet dari mahkamah tinggi untuk mengeluarkan duit ASB ini. Boleh refer dengan ASNB untuk keterangan lanjut proses ini.



Jadi apakah hibah amanah ini?

Apa perbezaan antara hibah dan hibah amanah? Hibah ada diterangkan di bawah ini.

Hibah dalam islam

Secara mudah konsep hibah amanah ini, pemegang akaun memberi hadiah (hibah) berupa baki unit tabung amanah (contoh ASB) kepada waris terdekat. Satu suratikat amanah (trust) antara pemberi hibah melantik ASNB sebagai pemegang amanah yang tugasnya ialah mentadbirkan harta tersebut bila pemberi hibah meninggal dunia. Lihat rajah di bawah.



Ini bermakna duit ASB tersebut bukan lagi harta pusaka bila pemegang akaun meninggal dunia. Penerima hibah akan menerima bahagian yang ditetapkan oleh pemberi hibah di dalam borang.

Sebagai pentadbir hibah amanah ini, pihak ASNB akan mengenakan caj pentadbiran yang mana agak kompetatif iaitu 1.50% untuk RM25K yang pertama, 1.00% untuk RM225K yang seterusnya etc..


Konsep yang digunapakai oleh ASNB ini sama dengan konsep pri-hibah yang disediakan oleh pihak as-Salihin Trustee Berhad.

Contoh pengiraan:
ASB berbaki RM25,000 diberikan hibah amanah 100% kepada si A. Kadar nilai caj pentadbiran adalah RM25,000 x 1.50% = RM375. Maka si A akan mendapat RM25,000 - caj pentadbiran (RM375) = RM24,625.

Ada beberapa terma dan syarat yang perlu dipenuhi:
1. Pemberi hibah boleh menghibahkan salah satu atau kesemua tabung unit amanah yang dimilikinya
2. Unit-unit amanah yang dihibahkan mestilah bukan masih dalam pinjaman atau hutang sama ada keseluruhan atau sebahagian. Maksudnya, jika unit amanah anda ada loan ASB, atau anda sudah menukar kepada bentuk sijil lalu dicagarkan kepada pihak bank, maka unit amanah ini tidak boleh dihibahkan.
3. Baki unit Pemberi hibah dalam tabung unit amanah yang dihibahkan mestilah kekal 1,000 unit dan ke atas, tidak termasuk unit-unit amanah dari skim pelaburan Ahli KWSP. Bila sahaja anda membuat hibah, pihak ASNB akan menukarkan 1,000 unit anda ke dalam bentuk sijil dan disimpan oleh mereka.
4. Penerima hibah terhad kepada 10 orang bagi setiap suratikat hibah amanah.

Apa kelebihannya? 
Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda dapat memenuhi terma dan syarat di atas, maka tiada masalah bagi anda untuk melakukannya. Ini akan mempercepatkan pengeluaran duit unit tabung amanah anda berbanding menggunakan cara biasa.

Apa kekurangannya?
Hibah amanah ni hanya untuk asset unit tabung amanah di bawah ASNB sahaja. Untuk asset-asset anda yang lain tidak tertakluk kepada suratikat hibah amanah ini.
Hibah tidak boleh ditarik balik, kecuali dari ayah/datuk kepada anak/cucunya. Jadi anda kena fikir sedalam-dalamnya sebelum memberi  hibah ini.

Saya melihat hibah amanah ni salah satu instrumen bagi anda merancang harta pusaka, sama seperti instrumen lain iaitu wasiat, deklarasi harta sepencarian, amanah dan lain-lain.


Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya: atau Langkah mudah klik di sini





Abd Karim Abu Bakar.
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com

Saturday, June 15, 2013

Mitos Pusaka


Mitos Pusaka

Kenapa anda mengambil mudah tentang wasiat ini? Adakah anda berasakan yang anak-anak, pasangan mahupun ibubapa anda secara automatik mendapat harta pusaka anda apabila anda pergi ke sana nanti? 

Fikir semula, renung dan fikir baik-baik. Fikirkan kenapa perkara dibawah berlaku. Tidak mustahil jika anda mengambil remeh perkara di bawah ini akan berlaku kepada anak kesayangan anda. Ianya akan  berlaku kepada isteri/suami tercinta. Malahan ianya juga akan berlaku kepada kedua ibu bapa anda.

Natijah meninggal tanpa wasiat!

Sebenarnya memang benar hukum faraid sudah termaktub dalam al-Quran. Jadi bila meninggal, pusaka boleh terus dibahagikan mengikut bahagian faraid masing-masing. Tetapi pembahagian adalah bahagian keDUA. Yang selalu tersangkut adalah bahagian PERTAMA, iaitu pentadbiran. Jika nombor PERTAMA tidak selesai manakan mungkin nombor DUA akan berlangsung. Nombor DUA tidak akan muncul selagi mana tiada nombor PERTAMA. Sudah faham ?

Jika faham, tahukah anda macamana nak atasi perkara nombor PERTAMA, iaitu pentadbiran?

Selalu saya pakai tagline ini "Ingat Wasiat Ingat Pentadbiran". Inilah jawapannya.

Lagi kisah malang di sini:

Jangan Biarkan Harta Pusaka Anda Menjadi Sebahagian Dari Statistik Ini


Rebut Kereta Pusaka

Kisah Dalam Kamar Pusaka

Jutawan Dihalang Pindah Hakmilik

Tak Mungkin Ini Terjadi, Tetapi Inilah Realiti

Akibat Tidak Berwasiat

Hari Raya dan Kisah Harta Pusaka

Tergamak Tak Tuntut Jenazah Ibu Bapa


Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya: atau Langkah mudah klik di sini





Abd Karim Abu Bakar.
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Call/sms/wassap: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com

Friday, August 31, 2012

Kisah Raya Tahun Ni

Rasanya masih belum terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua.

Berbanding tahun lepas, saya ada bercerita tentang kisah perebutan harta pusaka. Boleh baca di sini:

 

Hari Raya dan Kisah Harta Pusaka

 

 




Raya tahun ni lain sedikit cerita dia. Ada tetamu saya, suami isteri bersama dengan seorang anak datang beraya dan menceritakan tentang kisah isterinya yang terjatuh dan sakit dipinggul agak lama. Sudah pergi berurut tapi sakit itu datang balik. Mereka mengambil keputusan jumpa doktor specialist, dan apabila dibuat scan, berkemungkinan besar si isteri sebenarnya menghidap cancer ovari yang agak teruk. Bayangkan berita ini diterima tak kala 3-4 hari lagi nak Syawal nak tiba. Doktor pula berkata hanya pembedahan sebagai penyelesaian.

Apa yang saya nak ceritakan bukannya tentang sakit itu, tapi kebetulan si isteri dan si suami ada mengambil kad medical takaful. Tak perlulah saya ceritakan syarikat takaful mana. Dengan kad medical takaful ini membolehlah pembayaran doktor specialist ni dibayar oleh syarikat takaful. Sudah abis hampir RM4 ribu. Itu belum masuk pembedahan lagi. Alhamdulillah sebab sebagai pelanggan kad medical takaful ini, kesemuanya akan ditanggung.

Jadi ini membuatkan saya terfikir.. Jika ini terjadi pada saya atau isteri saya bagaimana? wang simpanan ada, tapi cukup ke kalau amount yg nak kena bayar besar. Saya agak bertuah sebab bab-bab hospital & sakit ini ada ditanggung oleh company tempat bekerja, termasuk cover famili terdekat. Bagaimana agaknya kalau individu tersebut bekerja tetapi company nya tak cover kesihatan/hospital?

Jadilah betullah perancangan harta ni terbahagi pada 4 yang mana satunya dikenali sebagai Wealth Protection. Oleh itu, anda nilaikan  dan lihat semula perancangan protection anda, berkaitan takaful/insurans ini. Boleh baca entri di sini: 

 

Apa Sebenarnya Perancangan Kewangan Itu?

 

Marilah kita ambil sedikit masa kita untuk muhasabah dan melihat keperluan perlindungan takaful/insurans ini. Seperti kata pepatah yang "Sediakan payung sebelum hujan"


Selamat hari raya Aidilfitri & Berhati-hati di Jalan Raya




Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya: atau Langkah mudah klik di sini





Abd Karim Abu Bakar.
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com

Sunday, July 22, 2012

Hibah Dalam Islam

Hibah mungkin suatu yang asing dan jarang di dengar masyarakat Islam di negara ini berbanding zakat, sedekah, hadiah, wakaf atau wasiat. Namun, hibah bukanlah instrumen kewangan yang baru kerana sudah wujud sejak awal Islam lagi.

Hibah ialah suatu akad mengandungi pemberian milik seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Hibah diberi atas dasar kasih sayang sesama manusia.

Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam. Islam juga tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan kerana harta yang hendak dihibahkan daripada milik pemberi hibah.

Terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, jika harta hendak dihibahkan kepada anak-anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.

Jumhur ulama Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat, sunat menyamakan pemberian antara anak. Melebihkan pemberian kepada seorang daripada mereka adalah makruh hukumnya, walaupun pemberian itu sah. Menurut mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak adalah perkara yang wajib.

Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan selepas memenuhi empat rukun hibah iaitu pemberi hibah (al-Wahib); penerima hibah (al-Mawhub lahu); barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub) dan sighah iaitu ijab dan kabul. Setiap rukun itu pula mempunyai syarat tertentu.

Disyaratkan pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian, sempurna akal, baligh, mestilah tuan punya barang yang dihibahkan dan mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya. Penerima hibah pula boleh terdiri daripada sesiapa saja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta.

Penerima hibah yang belum akil baligh, kanak-kanak atau kurang upaya, hibah boleh dibuat melalui walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah juga disyaratkan boleh memegang, menguasai atau mengawal harta dihibahkan.

Barang atau harta yang hendak dihibah hendaklah barang atau harta yang halal, mempunyai nilai di sisi syarak, milik pemberi hibah, boleh diserah milik dan benar-benar wujud semasa dihibahkan.

Barang atau harta yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam. Manakala, sighah hibah disyaratkan ada persamaan antara ijab dan qabul serta tidak bersyarat.

Menurut mazhab Syafie dan Abu Hanifah, penerimaan barang (al-qabd) adalah syarat sah hibah. Al-qabd bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan boleh melakukan tasarruf terhadap barang atau harta itu.

Ertinya, akad hibah tidak sempurna dan tidak berkuat kuasa jika sekadar ada ijab dan kabul semata-mata, melainkan selepas berlaku penerimaan barang oleh penerima hibah. Oleh itu, pemberi hibah berhak menarik balik hibah selama mana harta berkenaan berada dalam pemilikannya.

Jika berlaku kematian antara salah satu pihak sebelum penerimaan barang, maka hibah terbatal.

Bagi harta tak alih seperti rumah dan tanah, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengosongkan harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf terhadap harta seperti menyerah kunci dan seumpamanya. Bagi harta alih pula, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengambil harta itu, memindah atau mengasingkan harta dengan harta lain.

Satu kelebihan hibah berbanding wasiat, seorang boleh menghibahkan hartanya kepada waris atau seseorang lain semasa dia masih hidup dan jumlahnya tidak terhad. Berbanding wasiat, kadar yang boleh diwasiatkan terhad satu pertiga daripada keseluruhan harta dan tidak boleh mewasiatkan harta kepada waris yang tidak berhak menerima pusaka kecuali dengan persetujuan waris lain.

Deklarasi hibah perlu dibuat secara bertulis, dengan khidmat peguam syarie bertauliah, supaya dokumen itu tidak berlawanan dengan hukum syarak dan undang-undang. Hibah secara bertulis atau sempat dilaksanakan semasa pemberi hibah masih hidup mungkin tidak mendatangkan masalah.

Jika isu mengenai hibah timbul selepas pemberi hibah mati dan hibah tidak dibuat secara bertulis, pengesahan status hibah perlu di buat di Mahkamah Syariah. Masalah mungkin timbul ialah saksi tidak cukup, saksi sudah meninggal dunia atau kesaksian yang tidak konsisten.

Hibah dapat membantu ekonomi umat Islam, merapatkan ikatan persaudaraan dan pertalian kasih sayang sesama insan. Konsep hibah wajar disuburkan kembali dalam kehidupan masyarakat masa kini.

Kata orang, harta tidak boleh dibawa mati. Namun, disebabkan harta yang tidak diurus dengan baik berdasarkan peraturan dan hukum Allah semasa hidup, maka roh si mati tidak aman di alam kubur, lantaran waris yang masih hidup berebut sesama sendiri.

HIBAH

* Hibah dibolehkan sama ada kepada ahli keluarga (waris) atau bukan ahli keluarga, hatta kepada bukan Islam.

* Jika harta hendak dihibahkan kepada anak, Islam menggalakkan ia dibuat secara adil.

* Empat rukun hibah iaitu pemberi hibah (al-Wahib); penerima hibah (al-Mawhub lahu); barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub) dan sighah iaitu ijab dan kabul. Setiap rukun itu pula mempunyai syarat tertentu.

* Penerima hibah yang belum akil baligh, kanak-kanak atau kurang upaya, hibah boleh dibuat melalui walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya.

* Barang atau harta yang hendak dihibah hendaklah barang atau harta yang halal.

Oleh Tuan Musa Awang
Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan boleh dihubungi melalui e-mel sekretariatpgsm@yahoo.com



Lagi kisah dan penggunaan instrument hibah/deklarasi hibah di sini:
FAQ (3) - Perancangan Harta Pusaka - Deklarasi Hibah dan Harta Sepencarian
Bagaimana Perancangan Harta Membantu Anda
Apa Guna Menulis Wasiat Kalau Waris Menentangnya?
Kisah Hj Ramlee Membahagi Harta Pusaka Kepada Anak Angkat




Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya: atau Langkah mudah klik di sini





Abd Karim Abu Bakar.
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com

Monday, June 25, 2012

JKPTG Menyediakan Borang Atas Talian



Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) kini menyediakan kemudahan permohonan Pembahagian Pusaka Kecil Secara Atas Talian. Borang boleh dimuatturun oleh waris dari portal ini: http://www.kptg.gov.my




Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya:





Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com

Thursday, June 21, 2012

Lindungi Aset Dan Masa Depan Orang Yang Anda Sayangi

Lindungi Aset dan Masa Depan Orang Yang Anda Sayangi



Baru-baru ini saya menerima panggilan telefon dari seorang yang saya kenali. Beliau menceritakan tentang sahabatnya yang baru seminggu kematian ayahnya. Sahabatnya telah pergi ke bank untuk mengeluarkan duit arwah tapi pihak bank mahukan LA (Letter of Administration). Jadi sahabat ini terpaksa ke sana ke sini, menelefon sana-sini, menelefon kawan-kawannya untuk mengetahui di mana dan bagaimana nak mendapatkan LA.

Oleh kerana saya mempunyai sedikit pengetahuan tentang urusan faraid dan wasiat ini, maka saya telah memberikan nasihat dan apa yang patut sahabat tersebut lakukan. Moga Allah mempermudahkan urusan sahabat ini.

Apa yang saya nak ingatkan pada orang kita yang kebanyakannya rata-rata tidak mengambil endah tentang membuat wasiat. Andai ditakdirkan ajal kita telah sampai ketika ini, atau pagi besok, apa akan jadi pada orang yang kita sayangi: ibu ayah, isteri dan anak-anak kita.

Sanggupkan anda melihat anak-anak, isteri atau ibu bapa bermasalah setelah kita meninggal dunia. Dalam keadaan mereka masih bersedih akibat pemergian kita, kita pulak menambahkan beban pada mereka. Nak kena pegi bank lah, nak kena pegi pejabat tanah lah, nak pegi jumpa ustaz/imam atau mana-mana orang yang tahu tentang urusan pembahagian harta pusaka ini. Ke sana ke mari tak tentu pasal sebab nak menyelesaikan urusan harta pusaka yang kita tinggalkan.

Silap-silap jika isteri kita tidak bekerja, mana dia nak cari duit untuk beli susu lampin anak? Nak meminta-minta kat orang lain? Duit dalam bank dah kena beku, kesian macamana isteri kita nak uruskan.. nak uruskan keluarga lagi, nak uruskan pengebumian kita, nak uruskan hal pusaka yang memeningkan kepala lagi. Silap-silap lagi harta yang patut menjadi hak mereka tak dapat kepada mereka. Nauzubillah.. minta dijauhkan.

Jadi saya menyeru anda yang membaca blog saya ini BERTINDAK sekarang. Buatlah wasiat! 

Agar dengan adanya wasiat ini, urusan orang-orang yang anda sayangi ini tidak terjejas setelah pemergian anda. Yang masih hidup dapat teruskan hidup mereka dengan aman, manakala kita di bawah sana dapat pergi dengan tenang. InsyaAllah.



Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya:





Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com

Saturday, May 26, 2012

Cara Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Lalai tulis wasiat punca bahagi harta tertangguh

Adakah ini akan berlaku kepada saudara pula?
 
Sebagai Perancang Harta Pusaka Islam dari syarikat as-Salihin Trustee Bhd, saya kerap menerima pertanyaan cara membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Bhd. 

Di sini saya nyatakan secara ringkas proses membuat surat wasiat:

1. Pelanggan akan hubungi saya, Abd Karim Abu Bakar (email: abdkarimiep@gmail.com) atau Facebook Page (http://on.fb.me/PerancanganHartaPusakaAnda) akan minat untuk membuat wasiat.

2. Saya akan membuat temujanji dengan Pelanggan sekiranya berada di Lembah Kelang samada di rumah Pelanggan, pejabat atau kedai mamak.

Sekiranya di luar Lembah Kelang penjelasan akan dibuat secara telefon, email atau Facebook sahaja.
 
3. Semasa bertemu dengan Pelanggan, saya memerlukan maklumat berikut:

Senarai lengkap harta. Ini termasuk alamat harta dan nombor akaun bank, Tabung Haji, KWSP, ASB dan sebagainya.

4. Senarai nama waris dan bukan waris yang akan menerima harta yang diwasiatkan.

5. Peratus pembahagian harta kepada setiap waris/bukan waris. Contohnya:

      (i) KWSP: Isteri: 50%, Anak Pertama: 25% dan Anak Kedua: 25%

     (ii) Rumah Teres: Lot 25, Jalan Kasawari, Kampung Pendang, Kedah: Isteri 100%

    (iii) Saham ASB: Bahagikan samarata kepada semua anak-anak

     (iv) Kondo di Mentari Court, Sunway: Diwakafkan kepada Jabatan Agama Islam Selangot. Hasil sewa bulanan dibahagikan 50% kepada rumah anak yatim dan 50% kepada fakir miskin

6. Semua maklumat di atas akan saya serahkan kepada pejabat as-Salihin Trustee Bhd di mana peguam mereka akan membuat draf wasiat.

7. Dalam masa tiga hari, as-Salihin akan emailkan kepada saya draf wasiat. Saya akan menyemak kesahihan fakta. Jika OK, saya akan forwardkan draf wasiat itu kepada Pelanggan.

8. Jika Pelanggan setuju dengan draf wasiat, maka hardcopy wasiat akan dicetak. Saya akan membawa dokumen wasiat itu kepada Pelanggan untuk ditandatangani dengan dua saksi.

9. Saya akan membawa balik dokumen asal wasiat ke Pejabat as-Salihin di Kelana Jaya untuk didaftarkan dan disimpan. Kemudian, salinan wasiat berserta 2 kad wasiat akan diserahkan kepada Pelanggan untuk disimpan. Maka tamatlah prosesnya.
 
10. Keterangan lanjut mengenai proses penyediaan wasiat boleh hubungi saya secara email, Facebook http://on.fb.me/PerancanganHartaPusakaAnda  atau telefon 019 355 6552
 
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya:





Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda

Sunday, May 13, 2012

Soaljawab: Penama (Nominee)


Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan kali ke-15 pada 1978 telah menerangkan tentang permasalahan Penama (atau Nominee), iaitu:
1. Penama bukannya penerima 100% harta pusaka simati
2. Penama bertanggungjawab untuk membahagikan harta pusaka simati mengikut faraid atau hasrat simati di dalam dokumen wasiat
Di dalam kes di mana penama adalah waris faraid simati, maka bahagiannya adalah tertakluk kepada faraid atau sepertimana tertakluk dalam dokumen wasiat simati.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya:





Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda

Friday, March 30, 2012

Tuntutan Harta Sepencarian Di Bawah Mahkamah Tinggi Syariah Perak

Harta Sepencarian untuk lindungi hak isteri. Kalau dah buat Perjanjian Harta Sepencarian semasa "sama-sama bahagia", tak payahlah susah-susah naik-turun mahkamah nak tuntut harta sepencarian

Mengikut Hukum Syarak, Harta Sepencarian bermaksud pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Harta Sepencarian adalah “harta-harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan secara bersama oleh Suami dan Isteri yang melibatkan harta alih (wang, kenderaan dll) dan harta tak alih (rumah, tanah, saham dll”). Biasanya isu Harta Sepencarian timbul apabila berlaku penceraian dalam rumah tangga. Suami ataupun isteri apabila berlaku penceraian akan menuntut harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah untuk Mahkamah menentukan pembahagian yang patut diterima ke atas harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan sebelum berlakunya penceraian.

Mahkamah Tinggi Syariah Perak di bawah bidangkuasanya (Seksyen 50 (3)(b)(v), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 hendaklah menentukan pembahagian harta sepencarian yang dituntut mengikut (Seksyen 122(2)(a)(b)(c) Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004).

Di bawah Seksyen 122(2)(a)(b)(c) Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004, Mahkamah hendaklah dalam menentukan pembahagian Harta Sepencarian  melihat kepada:

1. Takat Sumbangan - Sumbangan yang telah dibuat oleh setiap pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu;

2. Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;

3. Keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu, jika ada;

Setelah mengambil kira semua pertimbangan-pertimbangan di atas, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang “sama banyak” atas harta sepencarian yang dituntut oleh pihak Plaintif dan Defendan;

Sekiranya berlaku “kematian” samada suami atau isteri, di dalam perkahwinan atau setelah berlaku penceraian, pihak suami atau isteri yang masih hidup boleh menuntut harta sepencarian dengan menamakan waris-waris yang menerima harta faraid si mati sebagai Defendan-Defendan. Contohnya seperti berikut :

"A dan B telah berkahwin dan kemudian telah bercerai. A tidak sempat menuntut harta sepencarian dari B selepas penceraian kerana B telah meninggal dunia. Hasil perkahwinan A & B telah dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Bapa dan ibu B telah meninggal dunia dahulu sebelum B meninggal dunia. Oleh sebab B telah meninggal dunia, A masih mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian dari waris-waris faraid B"

Di dalam kes di atas, A hendaklah menuntut harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah dengan menamakan waris-waris faraid iaitu anak-anak lelaki dan perempuan sebagai Defendan-Defendan di dalam kes Harta Sepencarian yang difailkan. Setelah Mahkamah membuat keputusan, harta yang telah diisytiharkan sebagai Harta Sepencarian A dengan B, setelah ditolak bahagian A, baki harta bahagian B (si mati) akan dibahagikan kepada waris-waris mengikut hukum faraid.

Di Negeri Perak, permohonan harta sepencarian bolehlah difail di kaunter Mahkamah Tinggi Syariah di alamat Mahkamah Syariah Perak, Tingkat 5, Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak, 30100, Ipoh, Perak atau boleh bertanya kepada Pembantu Pendaftar MTS Perak dengan menghubungi di No Telefon 05-5018400.

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi pendaftar kes Harta Sepencarian.

  • Saman dan Penyata Tuntutan (ditaip sendiri oleh Pemohon) - 4 salinan
  • Kad Pengenalan Pemohon - 4 Salinan
  • Surat Nikah /cerai  - 4 salinan
  • Bukti Harta yang dituntut ( Geran Tanah, Geran Kereta dll - 4 salinan
  • Sijil Kematian ( Jika berkenaan ) - 4 salinan
  • Apa-apa dokumen berkaitan yang menyokong permohonan ini - 4 salinan
( Fee RM 100.00 hendaklah dibayar semasa Pendaftaran Kes)

Sumber: http://mtsperak.blogspot.com/







Maklumat tambahan:
Penerangan Mengenai Harta Sepencarian 





Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya:




Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda


Sunday, March 25, 2012

Harta Sepencarian : Konsep dan Amalan

Pendahuluan

Pada dasarnya, konsep harta sepencarian tidak dibincangkan secara khusus oleh para ulama’. Malah tidak ada sebarang dalil nas yang jelas berkaitannya. Namun para ulama’ telah memberi pelbagai pandangan dalam membicarakan tentang harta sepencarian. Ada yang menyebut ia sebagai “Mata’ al-Bayt” iaitu perkakasan rumah dan ada yang menyebut sebagai “Mal al-Zawjayn” yang bermaksud harta suami isteri.

Apa yang jelas, harta sepencarian tidak boleh dianggap sebagai satu aqad perkongsian (al-Syarikah). Ini kerana harta sepencarian dikuatkuasakan melalui perkongsian hasil suami dan isteri. Walaupun ketika aqad nikah wujud satu bentuk aqad, namun ia tidak boleh dianggap aqad bagi kontrak secara langsung menimbulkan harta sepencarian. Ini kerana, ijab dan qabul tersebut hanyalah bertujuan menghalalkan satu pergaulan antara suami dan isteri sahaja.


Adat Melayu

Jika dilihat sejarah lampau, harta sepencarian telahpun dianggap sebagai satu bentuk adat dalam masyarakat Melayu. Menurut Adat Pepatih, ia disebut sebagai ”carian laki bini”. Misalnya dalam kes Hasmah lwn Jalil, telah diputuskan bahawa harta carian laki bini hendaklah dibahagikan dua antara suami dan isteri apabila berlaku perceraian. Malah jika diamati, sebelum pindaan Perkara 121(1A), kebanyakan keputusan para hakim Inggeris berkaitan harta sepencarian lebih cenderung merujuk kepada pemakaian adat setempat orang Melayu.

Dalam kes Robert lwn Boto’, diputuskan bahawa harta yang menjadi pertikaian dianggap sebagai harta sepencarian dan mahkamah akan membahagikan setiap setengah bahagian jika pihak-pihak bersetuju. Ini adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa ia adalah satu adat dan bukannya hukum syarak.


Hukum Syarak

Persoalannya kini, adakah harta sepencarian itu diktiraf oleh hukum syarak? Sepertimana disebut sebelum ini, meskipun harta sepencarian tidak dijelaskan oleh apa-apa dalil nas, namun ulama’ masih lagi memperakuinya berdasarkan konsep uruf (adat) dan maslahah setempat. Ini mengambilkira soal keadilan kedua-dua pihak selaras firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur Ayat 32 menyatakan “orang –orang lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang-orang perempuan beroleh bahagian daripada usahanya juga”. Maka apabila sesuatu uruf itu diperakui baik dan sesuai oleh undang-undang kedudukannya, maka ia akan menjadi peraturan yang perlu dipatuhi. Malah ia selaras dengan kaedah fiqh antaranya ialah ”adat yang diakui sebagai hukum” dan juga ”uruf itu diiktibarkan oleh syarak”.

Oleh itu, kini hata sepencarian telahpun dianggap sebahagian daripada undang-undang Islam. Malah Mahkamah Syariah telahpun diberi bidangkuasa khusus dan eksklusif bagi membicarakannya. Ia juga telah diperuntukan dalam semua Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam di setiap negeri dan juga dalam Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Misalnya dibawah Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 “harta sepencarian” ditafsirkan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.

Berdasarkan takrif yang diperuntukan, bolehlah difahami bahawa harta sepencarian termasuklah harta samada harta alih atau tidak alih yang diperoleh suami dan isteri melalui usaha mereka bersama dan bukannya daripada satu pihak sahaja semasa perkahwinan. Harta yang dikumpul selepas perceraian atau kematian tidaklah boleh dianggap sebagai harta sepencarian.


Sumbangan tidak langsung

Namun kini, konsep harta sepencarian telah mula diluaskan termasuk juga harta yang diperoleh suami melalui usahanya sendiri semasa perkahwinan dengan sumbangan secara tidak langsung daripada isteri. Sumbangan tidak langsung bermaksud suatu usaha yang disumbangkan oleh mana-mana pasangan dalam mendapatkan harta itu di mana usaha yang disumbangkan adalah kecil berbanding dengan hasil atau manfaat sumbangan itu yang menghasilkan sesuatu harta yang besar. Ini bermaksud, salah satu pasangan memberi sumbangan secara tidak langsung samaada melalui idea, dorongan, nasihat, keselesaan, ketenteraman dan sebagainya kepada pasangan satu lagi yang berusaha dan berjaya dalam mendapatkan harta itu.

Dalam kes Tengku Anum Zaharah, mahkamah memutuskan bahawa harta yang menjadi pertikaian ialah harta sepencarian hasil daripada sumbangan tidak langsung isteri yang berketurunan berpengaruh. Kesan pengaruh isteri membolehkan suaminya mendapat gelaran Dato’ dan berjaya memajukan perniagaannya.


Tuntutan

Bagi tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah, ia boleh dilaksanakan dalam tiga keadaan iaitu tuntutan selepas perceraian, tuntutan semasa perkahwinan dan juga tuntutan selepas kematian. Bagi tuntutan selepas perceraian, Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 misalnya memperuntukkan bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan pembahagian harta sepencarian apabila mahkamah itu membenarkan lafaz cerai atau perintah perceraian. Oleh itu, mahkamah hanya berbidangkuasa membicarakan kes harta sepencarian di mahkamah di negeri di mana perceraian berlaku dan didaftarkan. Tuntutan harta sepencarian juga boleh dibuat semasa tempoh perkahwinan.

Seksyen 23(10)(b) memperuntukan bahawa isteri boleh memohon perintah daripada mahkamah supaya diadakan terlebih dahulu pembahagian harta sepencarian sebelum permohonan poligami disahkan. Malah Seksyen 119(11) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003 menyebut bahawa sebelum Mahkamah mengesahkan keluar agama, satu perintah untuk membahagikan harta sepencarian hendaklah dilaksanakan. Kedua-dua peruntukan tersebut berkaitan dengan permohonan poligami dan juga keluar agama Islam.

Bagi tuntutan selepas kematian, meskipun tiada peruntukan khusus yang membolehkan mahkamah membahagikan harta sepencarian sekiranya akibat kematian, namun fatwa negeri Selangor menjelaskan bahawa jika berlaku kematian, maka pihak yang hidup boleh memohon pengisytiharan harta sepencarian sebelum harta itu menjadi harta pusaka. Jadi pihak itu perlu membuktikan bahawa sebahagian harta itu adalah harta sepencarian.


Penyelesaian

Kaedah penyelesaian apabila melibatkan harta sepencarian ialah melalui kaedah sulh iaitu dengan cara berdamai samada melalui pengakuan dan penyerahan hak pemilikan kepada satu pihak lagi atau nilai harta yang dipersetujui dibahagi mengikut persetujuan. Persetujuan ini boleh dibuat samaada di luar mahkamah atau di hadapan pegawai sulh dan kemudian ianya akan diendors sebagai satu perintah oleh mahkamah. Kaedah lain adalah melalui persetujuan semasa perbicaraan sedang berlangsung.

Hakim kebiasaannya akan memberi peluang kepada kdua-dua pihak untuk mencapai persetujuan bersama. Maka persetujuan ini akan diendors sebagai satu perintah Mahkamah. Sekiranya kedua-dua kaedah tersebut tidak dapat menyelesaikan pertikaian, maka mahkamah akan meneliti setiap keterangan dan penghujahan pihak-pihak. Seterusnya mahkamah akan memutuskan pembahagian harta sepencarian tersebut melalui perintah mahkamah.

Sumber: Laman Web Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang



Maklumat tambahan: Harta Sepencarian








 Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya:




Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda


Monday, March 19, 2012

50 Tahun Baru Selesai Kes Tuntutan Tanah Pusaka










Supaya ia tidak berlaku kepada anda? Tulislah Wasiat semasa hidup dan sihat!


As-Salihin Trustee Berhad ialah sebuah syarikat perancangan harta Islam yang terbesar di Malaysia. Produk utama ialah penyediaan Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah.



Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya:
  


Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com 
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda