Showing posts with label amanah. Show all posts
Showing posts with label amanah. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Hibah Amanah di ASNB ?

Baru-baru ni Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memperkenalkan Hibah Amanah. ASNB merupakan pihak yang menyediakan Skim Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan sebagainya. Kita sedia maklum yang ASNB tiada penama (nominee). Maka jika berlaku kematian pemegang ASB, maka tiada cara lain kecuali waris membawa surat kuasa (Letter of Admin) atau Probet dari mahkamah tinggi untuk mengeluarkan duit ASB ini. Boleh refer dengan ASNB untuk keterangan lanjut proses ini.



Jadi apakah hibah amanah ini?

Apa perbezaan antara hibah dan hibah amanah? Hibah ada diterangkan di bawah ini.

Hibah dalam islam

Secara mudah konsep hibah amanah ini, pemegang akaun memberi hadiah (hibah) berupa baki unit tabung amanah (contoh ASB) kepada waris terdekat. Satu suratikat amanah (trust) antara pemberi hibah melantik ASNB sebagai pemegang amanah yang tugasnya ialah mentadbirkan harta tersebut bila pemberi hibah meninggal dunia. Lihat rajah di bawah.



Ini bermakna duit ASB tersebut bukan lagi harta pusaka bila pemegang akaun meninggal dunia. Penerima hibah akan menerima bahagian yang ditetapkan oleh pemberi hibah di dalam borang.

Sebagai pentadbir hibah amanah ini, pihak ASNB akan mengenakan caj pentadbiran yang mana agak kompetatif iaitu 1.50% untuk RM25K yang pertama, 1.00% untuk RM225K yang seterusnya etc..


Konsep yang digunapakai oleh ASNB ini sama dengan konsep pri-hibah yang disediakan oleh pihak as-Salihin Trustee Berhad.

Contoh pengiraan:
ASB berbaki RM25,000 diberikan hibah amanah 100% kepada si A. Kadar nilai caj pentadbiran adalah RM25,000 x 1.50% = RM375. Maka si A akan mendapat RM25,000 - caj pentadbiran (RM375) = RM24,625.

Ada beberapa terma dan syarat yang perlu dipenuhi:
1. Pemberi hibah boleh menghibahkan salah satu atau kesemua tabung unit amanah yang dimilikinya
2. Unit-unit amanah yang dihibahkan mestilah bukan masih dalam pinjaman atau hutang sama ada keseluruhan atau sebahagian. Maksudnya, jika unit amanah anda ada loan ASB, atau anda sudah menukar kepada bentuk sijil lalu dicagarkan kepada pihak bank, maka unit amanah ini tidak boleh dihibahkan.
3. Baki unit Pemberi hibah dalam tabung unit amanah yang dihibahkan mestilah kekal 1,000 unit dan ke atas, tidak termasuk unit-unit amanah dari skim pelaburan Ahli KWSP. Bila sahaja anda membuat hibah, pihak ASNB akan menukarkan 1,000 unit anda ke dalam bentuk sijil dan disimpan oleh mereka.
4. Penerima hibah terhad kepada 10 orang bagi setiap suratikat hibah amanah.

Apa kelebihannya? 
Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda dapat memenuhi terma dan syarat di atas, maka tiada masalah bagi anda untuk melakukannya. Ini akan mempercepatkan pengeluaran duit unit tabung amanah anda berbanding menggunakan cara biasa.

Apa kekurangannya?
Hibah amanah ni hanya untuk asset unit tabung amanah di bawah ASNB sahaja. Untuk asset-asset anda yang lain tidak tertakluk kepada suratikat hibah amanah ini.
Hibah tidak boleh ditarik balik, kecuali dari ayah/datuk kepada anak/cucunya. Jadi anda kena fikir sedalam-dalamnya sebelum memberi  hibah ini.

Saya melihat hibah amanah ni salah satu instrumen bagi anda merancang harta pusaka, sama seperti instrumen lain iaitu wasiat, deklarasi harta sepencarian, amanah dan lain-lain.


Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya: atau Langkah mudah klik di sini





Abd Karim Abu Bakar.
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com

Friday, March 16, 2012

as-Salihin Trustee Bhd



as-Salihin Trustee Bhd ialah sebuah syarikat perancangan harta Islam yang terbesar di Malaysia. Ia sebuah syarikat amanah yang menawarkan perkhidmatan perancangan harta orang Islam.



Produk utama ialah penyediaan Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah.


Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:



Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda
 

Sunday, February 5, 2012

Soaljawab(1) - Tanah pusaka

Gambar hiasan: tanah dan rumah pusaka menjadi rebutan waris

Soalan:
 

Assalamualakum, apakah yg perlu dbuat d atas tanah yang keluasannya melebihi 1 ekar yg tinggi nilainya tetapi hanya ada satu penama sahaja sedangkan di situ terdapat 11 tuanpunya rumah. Arwah bapa telah mewasiatkan supaya tanah ini diwakili dengan satu penama sahaja. Arwah telah menukarkan namaya kepada nama abang sulung. Abang sulung telah diamanahkan oleh arwah supaya tidak membubuh banyak nama d atas tanah tersebut. Arwah berpesan kepada saya dan adik-beradik lain supaya menjaga hak yang telah dibahagikan masing-masing. Rumah-rumah yang dibina di situ adalah yang telah dibahagi-bahagikan oleh arwah. Bagaimanakah nasib 10 orang lagi yang tiada pun namanya dalam geran tersebut.



 

Jawapan:
 

Fakta: Tanah 1 ekar tersebut mengikut undang-undang adalah hakmilik abang sulung seorang sahaja (geran di atas nama beliau seorang). Jika dia meninggal dunia, harta tersebut tertakluk kepada waris beliau.
Tetapi sebagai muslim, arwah bapa menjadikan abang sebagai pemegang amanah dan adik beradik mempunyai hak.

Penyelesaian: Terdapat 4 cara yang boleh dipilih

1. Abang sulung perlu membuat wasiat yang lengkap. Nyatakan di dalam wasiat beliau status tanah tersebut adalah pusaka peninggalan arwah bapa dan hak adik-beradik lain keatas tanah tersebut.
   - Masalah mungkin timbul jika waris beliau tidak memberi kerjasama. Perlu diberi penerangan sewajarnya tentang hak harta orang lain.

2. Untuk tanah keluasan 1 ekar, ideal untuk dijadikan 4 Lot Banglo sahaja. Jadi pecahkan kepada 4 bahagian dan 4 orang tersebut perlulah membayar hak waris lain yang mengikut harga semasa.

3. Nilaikan tanah tersebut mengikut harga semasa dan salah seorang dari waris membelinya. Hasil jualan dibahagikan kepada waris yang berhak.

4. Buat trust deed untuk menyatakan yang abang sulung tadi adalah sebagai pemegang amanah kepada harta tersebut untuk kepentingan semua waris lain, bukan pemilik mutlak








Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:



Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda
 

Wednesday, February 1, 2012

As-Salihin Trustee Bhd


as-Salihin Trustee Bhd ialah sebuah syarikat perancangan harta Islam yang terbesar di Malaysia. Ia sebuah syarikat amanah yang menawarkan perkhidmatan perancangan harta orang Islam.

Produk utama ialah penyediaan Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah.


 
 
 
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:



Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda

Tuesday, November 29, 2011

Apa itu Pemegang Amanah (Trusteeship)?

Amanah (A Trust) adalah menjadi tanggungjawab apabila individu"Setlor") memindahkan hakmilik sah asetnya kepada orang lain (dikenali "pemegang amanah") untuk memegang manfaat untuk orang lain (dikenali "benefisiari"). atau entiti yang sah (dikenali

  • Amanah yang hanya berkuatkuasa setelah kematian Pewasiat akan tertakluk kepada hukum Faraid.
  • Untuk mengelakkan proses ini dan masih mematuhi ajaran Islam, as-Salihin menyediakan instrumen yang berkuatkuasa dengan segera, walaupun kesemua manfaat akan diagih pada masa hadapan
  • Di as-Salihin, kami menawarkan perkhidmatan Amanah Islam di dalam bidang pendidikan, saraan, korporat, kebajikan dan insurans/takaful.


Faedah membuat amanah (trust)


1. Harta amanah tidak termasuk di dalam harta Setlor.
     -  Tidak akan terbeku sekiranya Setlor meninggal dunia
     -  Tidak memerlukan perintah mahkamah untuk mentadbir
     -  Berkuatkuasa dengan segera mengikut terma dan syarat di dalam surat ikatan amanah


2. Anda putuskan terma pembahagian dan bukan tertakluk kepada Faraid.


3. Tiada had untuk jumlah yang ingin anda berikan pada mana-mana benefisiari, Islam atau bukan Islam.


4. Disebabkan kami tertakluk di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 dan terma Surat Ikatan Amanah
     -  Kami akan menguruskan dan mentadbir harta amanah secara bebas dan mengikut undang-undang
     -  Dana amanah akan digunakan khas untuk benefisiari dan kegunaan tertentu
     -  Aset dan kewangan anda akan diuruskan secara profesional.




As-Salihin menawarkan perkhidmatan Amanah berlandaskan hukum syarak dan lengkap mengikut bidang tersebut:
  • Pendidikan
  • Saraan
  • Korporat
  • Kebajikan
  • Insurans/Takaful


Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, wasiat, harta sepencarian, hibah dan amanah, boleh hubungi saya:




Abd Karim Abu Bakar
Syariah Estate Planner
Telefon/Wassap: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com