Showing posts with label pelaburan. Show all posts
Showing posts with label pelaburan. Show all posts

Monday, November 5, 2018

Wang Khairat ASNB

Masih ramai pendeposit Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN) dan lain-lain tabung amanah di ASNB tidak mengetahui bahawa mereka layak menerima wang khairat apabila meninggal dunia.

Saya cuba mencari maklumat di portal ASNB (http://www.asnb.com.my) tapi tidak menjumpai apa-apa maklumat berkaitan wang khairat kematian. Cuma yang ada artikel lama akhbar Utusan di sini: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=bs_07.htm

Keratan Akhbar Utusan bertarikh 08/07/1998


Sebenarnya waris boleh menuntut wang khairat kematian ini dalam masa enam (6) bulan selepas kematian pemegang akaun. Tak kira jika pencarum ada banyak akaun, katakan ada 3 akaun seperti ASB, ASN dan ASW2020, tetap hanya boleh tuntut wang khairat kematian sekali sahaja.

Syarat-syaratnya:
1. Bagi simpanan 10 unit hingga 4,999 unit, khairat kematian sebanyak RM 200.00 (dua ratus).
2. Simpanan 5,000 unit hingga 10,000 unit, khairat kematian sebanyak RM 1,000.00 (satu ribu).
3. Simpanan 10,001 unit ke atas, khairat kematian sebanyak RM 2,000.00 (dua ribu).

Wang khairat ini boleh dituntut di pejabat ASNB dan juga agent ASNB seperti Maybank, CIMB, RHB dan Pejabat Pos. Tapi kena check dengan agent kerana apabila saya ke RHB bank mereka minta saya pergi terus ke pejabat ASNB.

Di Maybank pula, mereka menerima walaupun kerani di kaunter mengatakan mereka jarang terima urusniaga wang khairat ASNB, jadi terpaksalah mereka menghubungi pihak ASNB sebab sistem kepunyaan ASNB, untuk mendapatkan step-step di dalam sistem tersebut. Hampir sejam lebih juga dengan beberapa kali telefon ASNB, dengan beberapa kali saya duduk kena panggil ke kaunter dan ulang alik duduk ke kaunter haha. Anyhow saya solute kerani di situ sebab tolong dari mula sampai selesai proses.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menuntut wang khairat ASNB.
1. Beritahu kaunter pertanyaan yang anda hendak membuat urusan wang khairat kematian. Kaunter akan berikan borang Bantuan Khairat BS 6 seperti di bawah. Anda akan di minta untuk isikan dahulu sebelum no giliran diberikan.

Borang Bantuan Khairat BS 6


2. Sediakan dokumen original seperti berikut: 
     a. Sijil kematian asal 
     b. Surat Beranak asal waris yang menuntut 
     c. Kad Pengenalan asal waris yang menuntut 

Kalau boleh kesemua dokumen di atas di buat satu salinan (copy), jika tak sempat tak pe, kerani kaunter akan fotostatkan untuk anda. 

3. Bila dah dapat no giliran, anda bolehlah menunggu di tempat yang sepatutnya sehingga no anda di panggil. 

4. Apabila no anda di panggil, banker akan proses permohonan. Kalau dapat banker yang biasa buat akan cepat. Kalau kena macam saya jadilah macam saya ceritakan seperti di atas haha. 

5. Dalam kes saya, arwah ayah mempunyai simpanan melebihi 10 ribu unit, maka jumlah wang khairat yang diterima sepatutnya RM 2 ribu. Tapi agent hanya boleh bagi RM 200 secara cash. Baki akan ASNB berikan dalam bentuk cek. 

6. Laju juga ASNB berikan cek ni. Saya buat urusan di Maybank hari isnin 29 Oktober 2018, dapat cash RM 200. Hari Jumaat dah terima cek berjumlah RM1,800 menerusi surat, seperti di bawah. Jika lihat cek bertarikh 30 Oktober 2018, maksudnya sehari selepas terus cek dikeluarkan oleh ASNB. Tempoh terima berdasarkan kelajuan pihak Pos Malaysia menghantar surat tersebut.


Cek dari ASNB


Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menuntut wang khairat kematian ASNB



Abdul Karim Abu Bakar 
Shariah Estate Planner 
011-1035 6552

Friday, August 31, 2012

Kisah Raya Tahun Ni

Rasanya masih belum terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua.

Berbanding tahun lepas, saya ada bercerita tentang kisah perebutan harta pusaka. Boleh baca di sini:

 

Hari Raya dan Kisah Harta Pusaka

 

 




Raya tahun ni lain sedikit cerita dia. Ada tetamu saya, suami isteri bersama dengan seorang anak datang beraya dan menceritakan tentang kisah isterinya yang terjatuh dan sakit dipinggul agak lama. Sudah pergi berurut tapi sakit itu datang balik. Mereka mengambil keputusan jumpa doktor specialist, dan apabila dibuat scan, berkemungkinan besar si isteri sebenarnya menghidap cancer ovari yang agak teruk. Bayangkan berita ini diterima tak kala 3-4 hari lagi nak Syawal nak tiba. Doktor pula berkata hanya pembedahan sebagai penyelesaian.

Apa yang saya nak ceritakan bukannya tentang sakit itu, tapi kebetulan si isteri dan si suami ada mengambil kad medical takaful. Tak perlulah saya ceritakan syarikat takaful mana. Dengan kad medical takaful ini membolehlah pembayaran doktor specialist ni dibayar oleh syarikat takaful. Sudah abis hampir RM4 ribu. Itu belum masuk pembedahan lagi. Alhamdulillah sebab sebagai pelanggan kad medical takaful ini, kesemuanya akan ditanggung.

Jadi ini membuatkan saya terfikir.. Jika ini terjadi pada saya atau isteri saya bagaimana? wang simpanan ada, tapi cukup ke kalau amount yg nak kena bayar besar. Saya agak bertuah sebab bab-bab hospital & sakit ini ada ditanggung oleh company tempat bekerja, termasuk cover famili terdekat. Bagaimana agaknya kalau individu tersebut bekerja tetapi company nya tak cover kesihatan/hospital?

Jadilah betullah perancangan harta ni terbahagi pada 4 yang mana satunya dikenali sebagai Wealth Protection. Oleh itu, anda nilaikan  dan lihat semula perancangan protection anda, berkaitan takaful/insurans ini. Boleh baca entri di sini: 

 

Apa Sebenarnya Perancangan Kewangan Itu?

 

Marilah kita ambil sedikit masa kita untuk muhasabah dan melihat keperluan perlindungan takaful/insurans ini. Seperti kata pepatah yang "Sediakan payung sebelum hujan"


Selamat hari raya Aidilfitri & Berhati-hati di Jalan Raya




Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya: atau Langkah mudah klik di sini





Abd Karim Abu Bakar.
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com

Monday, August 15, 2011

Apa Sebenarnya Perancangan Kewangan Itu?

Istilah "Perancangan Kewangan" lazimnya agak "menggerunkan" sesetengah orang, terutama mereka yang berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, apa sebenarnya? Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan.




Apa yang Termasuk dalam Perancangan Kewangan?
Berikut ialah sebahagian elemen dalam perancangan kewangan:

Pengurusan Aliran Tunai
Yang akan membabitkan:
* Menilai nilai bersih kewangan yang ada sekarang (apa yang dimiliki ditolak hutang yang sedia ada).
Secara amnya akan menunjukkan kepada anda sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan.
* belanjawan
* menghapuskan hutang
* membuat tabungan.

Perancangan Pelaburan
Setelah anda menentukan jumlah wang yang ingin ditabung, anda patut menimbangkan pula di mana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda.

Perancangan Insurans
Pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh insurans secukupnya.

Perancangan Cukai
Perancangan cukai membabitkan semua orang yang mempunyai pendapatan, namun ini yang selalu tidak diambil berat atau dilupakan oleh kebanyakan orang. Oleh itu, perancangan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, harta tanah dan harta lain yang anda miliki, bawah sistem cukai tempatan.

Perancangan Persaraan
Anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tanda-tanda usia meningkat sudah bermula atau anda telah mencapai usia mesti bersara, anda terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan.

Perancangan Harta
Mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara dan diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga.

Akhir sekali, pelan kewangan yang kukuh sepatutnya bukan sekadar membeli satu pelan insurans atau unit amanah sahaja, tetapi perlu merangkumi keempat-empat kunci utama membina kekayaan iaitu, Pengumpulan Harta (Wealth Creation), Pengurusan Harta (Wealth Accumulation), Perlindungan Harta (Wealth Protection) dan Pengagihan Harta (Wealth Distribution).

Kebiasaanya, ramai orang boleh mengumpul, mengurus dan membuat perlindungan harta mereka. Tetapi mereka terlupa untuk mengagihkan harta yang telah meraka kumpulkan selama hidup. 
Sekiranya memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:

Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep@gmail.com

Thursday, November 11, 2010

Bolehkan anda menjadi jutawan!!!

Semua orang di dunia impikan menjadi jutawan. Kebanyakan orang berkata 'duit bukanlah segala-galanya'. Kenyataan ini betul pada tika dan suasana terterntu. Tetapi tidak sedarkah mereka bahawa:

'SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT!'

Hidup di zaman moden dan serba mencabar ni semuanya memerlukan duit. Hatta nak kencing berak pun kena ada duit.

Jika kita mempunyai banyak duit, kita boleh mempunyai rumah yang amat selesa, taraf kehidupan yang amat selesa, mendapat rawatan di hospital yang '1st class', pakaian yang sempurna dan juga terutamanya boleh memberi pendidikan yang bagus untuk anak-anak.

Jadi bagaimana hendak menjadi jutawan ni. Susah sangat ke? Ini adalah tips atau caranya:

1. Berkahwin dengan Jutawan
2. Lahir dalam keluarga Jutawan
3. Kena nombor ekor (HARAM nih)
4. Menjalankan perniagaan sendiri
5. MENYIMPAN DAN MELABUR dalam instrumen yang boleh memberi pulangan yang tinggi