Saturday, January 21, 2012

Kisah Haji Ramlee Membahagi Harta Pusaka Kepada Anak Angkat

Haji Ramlee mempunyai 3 anak perempuan dan salah seorang daripadanya ialah anak angkat. Haji Tompel memiliki anak-anak yang sederhana sahaja pelajaran mereka. Anak pertama, Fatimah, kini seorang guru di Kuala Rompin, Pahang. Anak kedua, Aminah, seorang kerani pentadbiran di Kem Port Dickson, Negeri Sembilan. Anak ketiga, Zahrah, (anak angkat) seorang jururawat di Hospital Besar Kuala Terengganu.

Haji Ramlee berumur 65 tahun dan isterinya telah meninggal dunia 5 tahun lepas. Mereka tinggal dengan anak perempuan yang bongsu, Zahrah. Zahrah telah berkeluarga dan mempunyai 2 anak yang bersekolah rendah.

Haji Ramlee berasal daripada keluarga miskin dan ibu-bapa mereka tidak mempunyai sebarang harta untuk diwariskan kepada beliau. Atas kesedaran ini, Haji Ramlee sejak kecil telah belajar bersungguh-sungguh dan yakin dan dengan melalui pelajaran, masa depan adalah lebih cerah berbanding dengan kehidupan ibu-bapa mereka.

Dipendekkan cerita, Haji Ramlee berjaya menjejakkan kaki ke universiti dan menjadi seorang jurutera. Selepas beberapa tahun menjadi jurutera, Hj Ramlee menceburi bidang perniagaan iaitu sebagai pemaju perumahan.

Semasa hidup, Haji Ramlee seorang bapa yang berpandangan jauh dan berjaya memiliki 3 buah banglo mewah di Lembah Kelang. Kesemua banglo tersebut telah diberi secara tunai iaitu hasil kejayaan bisnes Hj Ramlee.

Dua daripada banglo itu disewakan dan satu lagi didiami oleh Hj Ramlee dengan anak ke-3, Zahrah.

Kini Hj Ramlee telah bersara dan memperolehi sewa bulanan RM3,000 sebulan bagi setiap banglo. Dengan pendapatan RM6,000 sebulan beliau dapat menjalani kehidupan harian dengan selesa bersama keluarga anaknya.

Haji Ramlee sedar beliau telah tua dan mahu 3 banglo itu dipindahkan kepada ketiga-tiga anak mereka. Sekiranya 3 banglo di atas tidak dipindahkan masa hidup, perebutan harta mungkin akan berlaku di kalangan anak-anak mereka pula, dan ini akan membuatkan beliau hidup tidak selesa dalam kubur.

Hj Ramlee telah mendengar banyak cerita daripada akhbar iaitu banyak tanah dan harta orang Melayu bernilai beratus juta ringgit terbiar dan tidak dituntut apabila pemiliknya meninggal dunia. Ini belum kira peperangan dan perbalahan keluarga merebut harta. Antara sebab berlaku fenomena tersebut ialah pemilik tidak membuat urusan pembahagian harta kepada anak-anak semasa pemilik masih hidup atau tidak membuat surat wasiat.

Bagi mengelakkan perebutan harta, Haji Ramlee bersetuju memberikan banglo-banglo itu kepada setiap anak mereka itu. Bagimanapun Hj Ramlee tidak bercadang memberikan semua banglo semasa beliau hidup.

Lagi pun Hj Ramlee pernah terbaca di akhbar ada kes, rumah yang didiami ibu-bapa telah kena lelong oleh bank akibat pinjaman tidak berbayar yang dibuat oleh anak-anak. Ini gara-gara memindahkan harta kepada anak semasa ibu-bapa masih hidup.

Pada suatu hari Hj Ramlee telah diperkenalkan kepada seorang Perunding Perancangan Harta Pusaka daripada syarikat As-Salihin.

As-Salihin ialah sebuah syarikat amanah yang pakar dalam bidang perancangan harta pusaka Islam di Malaysia. Tugas Perunding Harta ialah memberi cadangan-cadangan bagi membolehkan Hj Ramlee membuat pilihan terbaik.

Haji Ramlee memutuskan memberikan banglo seperti berikut:
  • Banglo di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur --- mahu diserahkan kepada anak pertama, Fatimah
  • Banglo di Taman Tun Dr Ismail --- mahu diberikan kepada anak ke-2, Aminah.
  • Banglo di Shah Alam (tempat keluarga Hj Tompel tinggal sekarang)--- mahu diserhkan kepada anak ke-3, Zahrah (anak angkat).

Antara cadangan Perunding itu ialah:

1. memasukkan cadangan pemberian itu dalam surat wasiat atau
2. memindahkan harta tersebut secara automatik kepada anak-anak mereka apabila beliau meninggal dunia.

Hj Ramlee  dimaklumkan iaitu kedua-dua cadangan tersebut boleh dilaksanakan.

Bagaimanapun, kaedah pembahagian melalui surat wasiat mungkin tidak dapat menunaikan hajat Hj Ramlee kerana ia mungkin tidak dipersetujui oleh anak-anak perempuan kandung kemudian. Dua anak kandung mereka boleh menggunakan hukum faraid bagi menghalang adik angkatnya mendapatkan banglo yang diperuntukkan kepada adek angkatnya itu. Mengikut Hukum Faraid, anak angkat memang tidak layak mewarisi harta pusaka.

Hj Ramlee dinasihatkan iaitu bagi mempastikan semua anak-anak mereka (terutama anak angkat) mendapatkan harta yang dicadangkan oleh Hj Ramlee, maka beliau hendaklah menggunakan kaedah Deklarasi Hibah.  

Deklarasi Hibah ialah satu kaedah pemberian harta kepada semua anak-anak Hj Ramlee yang hanya akan berkuatkuasa apabila Hj Ramlee meninggal nanti. Urusan pemindahan harta akan diuruskan oleh syarikat As-Salihin.

Jadi kaedah pemindahan harta pusaka secara Deklarasi Hibah adalah pilihan terbaik Hj Ramlee bagi mempastikan hajat Hj Ramlee tercapai.






Maklumat berkaitan:
FAQ (3): Perancangan Harta Pusaka 
Deklarasi Hibah (Pri-Hibah)
Soaljawab Faraid: Anak Angkat, Anak Tiri dan Anak Tidak Sah Taraf






Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:



Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda

No comments:

Post a Comment