Tuesday, November 29, 2011

Apa itu Pemegang Amanah (Trusteeship)?

Amanah (A Trust) adalah menjadi tanggungjawab apabila individu"Setlor") memindahkan hakmilik sah asetnya kepada orang lain (dikenali "pemegang amanah") untuk memegang manfaat untuk orang lain (dikenali "benefisiari"). atau entiti yang sah (dikenali

  • Amanah yang hanya berkuatkuasa setelah kematian Pewasiat akan tertakluk kepada hukum Faraid.
  • Untuk mengelakkan proses ini dan masih mematuhi ajaran Islam, as-Salihin menyediakan instrumen yang berkuatkuasa dengan segera, walaupun kesemua manfaat akan diagih pada masa hadapan
  • Di as-Salihin, kami menawarkan perkhidmatan Amanah Islam di dalam bidang pendidikan, saraan, korporat, kebajikan dan insurans/takaful.


Faedah membuat amanah (trust)


1. Harta amanah tidak termasuk di dalam harta Setlor.
     -  Tidak akan terbeku sekiranya Setlor meninggal dunia
     -  Tidak memerlukan perintah mahkamah untuk mentadbir
     -  Berkuatkuasa dengan segera mengikut terma dan syarat di dalam surat ikatan amanah


2. Anda putuskan terma pembahagian dan bukan tertakluk kepada Faraid.


3. Tiada had untuk jumlah yang ingin anda berikan pada mana-mana benefisiari, Islam atau bukan Islam.


4. Disebabkan kami tertakluk di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 dan terma Surat Ikatan Amanah
     -  Kami akan menguruskan dan mentadbir harta amanah secara bebas dan mengikut undang-undang
     -  Dana amanah akan digunakan khas untuk benefisiari dan kegunaan tertentu
     -  Aset dan kewangan anda akan diuruskan secara profesional.




As-Salihin menawarkan perkhidmatan Amanah berlandaskan hukum syarak dan lengkap mengikut bidang tersebut:
  • Pendidikan
  • Saraan
  • Korporat
  • Kebajikan
  • Insurans/Takaful


Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, wasiat, harta sepencarian, hibah dan amanah, boleh hubungi saya:




Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com

Wednesday, November 23, 2011

Deklarasi Harta Sepencarian

Apakah Harta Sepencarian


Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap sebagai "Harta Sepencarian". Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilakukan.


Perkhidmatan Harta Sepencarian di as-Salihin


Kadang-kadang berlaku keadaan di mana benefisiari si mati tidak bersetuju dengan tuntutan Harta Sepencarian oleh pasangan suami/isteri selepas kematian isteri/suami. Untuk mengelakkan masalah ini dan lain-lain masalah yang tidak diingini berlaku dikalangan benefisiari selepas kematian, as-Salihin menyediakan dokumen yang mampu untuk mengelakkan masalah ini berlaku.


Kelebihan membuat Deklarasi Harta Sepencarian


1. Kedua-dua pihak boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.


2. Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam Deklarasi tanpa pertelingkahan.


3. Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah.


4. Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak.


5. Tiada pertelingkahan kerana Deklarasi merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak.


6. Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. as-Salihin membuat Deklarasi Harta Sepencarian mengikut pembahagian yang telah mereka persetujui.




Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:


Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
 

Monday, November 21, 2011

Selain dari soal pembahagian harta pusaka, apa tujuan wasiat ?

Banyak tujuan buat wasiat selain dari soal pembahagian harta pusaka kita antaranya;

1.   Membolehkan kita bersedekah jariah kepada bukan waris melalui arahan wasiat. Tanpa wasiat anda mungkin tidak
boleh bersedekah kerana kena ikut faraid 100%.  Adakah kita pasti anak-anak kita akan bersedekah untuk kita?

2.   Menentukan soal hak penjagaan harta anak bawah umur apabila suami atau isteri meninggal. Banyak kes di mana berlaku perebutan
hak penjagaan harta anak di bawah umur antara suami dan ibu mertua sebabnya isteri tidak buat wasiat.

3.   Pihak wasi akan membantu menyelesaikan hutang-hutang anda. Ingat hutang tidak akan lupus sekalipun kita
meninggal dunia. (hutang dengan Allah dan manusia)
 

4.   Menulis amanat atau kata-kata harapan kita kepada anak-anak dan waris yang tinggal.  Kata-kata ini akan menusuk ke dalam jiwa mereka dan menjadi ingatan mereka sampai bila-bila.
 
5.   Pihak wasi akan membantu soal-soal harta sepencarian.
 
6.   Dengan membuat wasiat, ia menurut perintah agama yang sangat dituntut.


Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:


Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
 

Monday, November 14, 2011

Hukum Berwasiat




Tafsir al-Quran
Surah Al-Baqarah ayat 180-182


Firman Allah SWT,

“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.(180)Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(181)Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan ugama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”(182)


Latar belakang ayat


Sebelum kedatangan Islam, orang Arab tidak mempunyai undang-undang yang khusus berkaitan tentang harta pusaka. Peraturan yang ada ialah sesiapa yang meninggal dunia harta itu akan jatuh pada kaum kerabat yang paling rapat.

Ada juga yang bebas membahagikan harta-harta mereka kepada sesiapa sahaja yang mereka kehendaki selepas meninggal dunia sehingga mengabaikan kaum kerabat.

Setelah kedatangan Islam, barulah undang-undang pengagihan harta yang meliputi wasiat dan faraid diturun dan diperkenalkan sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam ayat di atas.

Hukum berwasiat terbahagi kepada tiga :

Pertama : Wajib iaitu pada orang yang menanggung kewajipan seperti hutang yang belum dilangsaikan. Maka orang seperti ini hendaklah menulis dan mencatatkan berapa banyak hutangnya untuk dijelaskan oleh warisnya apabila dia meninggal dunia kelak.

Kedua : Sunat iaitu bagi mereka yang mempunyai harta tetapi tidak ada apa-apa kewajipan yang wajib di selesaikan. Wasiat seperti ini dikira sebagai amal soleh yang sangat baik untuk dilakukan. Sabda Rasulullah saw,

“Apabila mati anak Adam, maka akan terputuslah segala pahala amalannya melainkan tiga amalan iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagai contoh kata suami kepada isteri : “Bila abang sudah meninggal dunia nanti, sebelum faraidkan duit KWSP, keluarkan RM 1000.00 dan sedekahkan kepada anak-anak yatim”.

Atau,

“Bila abang sudah meninggal dunia nanti keluarkan satu pertiga daripada duit simpanan abang, dan belikan Al-Quran untuk disedekahkan kepada mana-mana masjid dan surau”.


Orang Islam yang membuat wasiat seperti ini adalah orang yang beruntung dan matinya di atas jalan yang benar. Sabda Rasulullah saw,

“Barangsiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat, maka dia mati di atas jalan ini dan sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan”. (Riwayat Ibnu Majah)

Manakala mereka yang berharta tetapi tidak berwasiat seperti ini adalah malang sebagaimana sabda baginda saw,

“Orang yang malang adalah orang yang tidak sempat berwasiat”. (Riwayat Ibnu Majah)

Namun wasiat seperti ini tidak boleh melebihi satu pertiga. Hal ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud yang mempunyai banyak harta kekayaan. Ketika Nabi saw datang ke Mekah menziarahinya beliau mengambil kesempatan untuk bertanya perihal harta-hartanya,

Maksudnya : Rasulullah saw menziarahi aku pada tahun Haji Wada’ ketika aku sedang sakit tenat. Aku memberitahu baginda bahawa aku seperti yang diketahuinya sedang sakit kuat, sedangkan aku epunyai harta, tiada siapa yang akan mempesakai harta itu melainan seorang anak perempuan sahaja. Aku bertanya baginda : Boleh kah aku meninggalkan wasiat supaya bersedekah sebanyak dua pertiga daripaa keseluruhan hartaku ? Baginda saw menjawab : Tidak harus sedekah sebanyak itu. Aku bertanya lagi : Bolehkan aku bersedekah separuh daripadanya ? Sabda baginda : Separuh pun tidak boleh. Aku bertanya lagi : Bolehkah aku berwasiat supaya bersedekah satu pertiga sahaja daripadanya ? Jawab Rasulullah : Ya, satu pertiga pun banyak atau besar kadarnya. Andainya engkau tinggalkan waris-waris engkau kaya raya, lebih baik bagimu dari meninggalkan mereka miskin dan bergantung harap kepada orang lain.


Sebuah lagi hadis yang lain,

Maksudnya : Dalam satu lafaz dikatakan : Rasulullah saw menziarahi aku ketika aku dalam keadaan sakit, lalu baginda bertanya: “Apakah engkau sudah berwasiat ? Aku menjawab: Sudah. Rasulullah saw bertanya lagi : “Berapa ?”. Aku menjawab : Seemua hartaku diwasiatkan ke fi sabilillah, Nabi saw bertanya lagi : “ Lalu apa yang engkau tinggalkan untuk anak-anakmu?”. Aku menjawab : Mereka adalah orang-orang kaya. Lalu baginda pun bersabda, “Wasiatkanlah satu persepuluh. Kalimah itu diulang-ulang dan aku aku pula berulang-ulang mengatakan semua sehinggalah baginda bersabda: “Wasiatkanlah satu pertiga kerana satu pertiga itu sudah cukup banyak atau besar”. (HR Nasaei dan Imam Ahmad).

Ketiga : Harus seperti berwasiat agar mengkebumikannya di tempat-tempat tertentu. Wasiat seperti ini pernah di lakukan oleh Saidina Omar bin al-Khattab, Aisyah dan Ibnu Umar. Namun jika ada halangan, maka harus dikebumikan dimana-mana tanah perkuburan Islam.

Pada ayat 180 Allah SWT mewajibkan setiap orang Islam yang mempunyai kelebihan harta dan memiliki tanda-tanda kematian yang semakin menghampiri supaya meninggalkan wasiat sebahagian harta untuk diberikan kepada kedua ibu bapa dan kaum keluarga yang terdekat secara adil dan baik. Jangan berwasiat harta kepada orang kaya dan mengabaikan pula orang-orang miskin dan tidak boleh berwasiat lebih daripada satu pertiga.

Menurut jumhur ulama : Wasiat pada awal Islam diwajibkan kepada kedua ibu bapa simati dan kaum kerabatnya yang terdekat mengikut kadar pembahagian yang difikirkan adil, , tetapi hukum ini telah dimansuhkan apabila turunnya ayat-ayat tentang pembahagian harta pusaka (faraid).

Justeru, wasiat harta kepada ahli waris seperti ibu bapa, anak-anak dan isteri tidak lagi diharuskan kerana masing-masing sudah terjamin untuk mendapat bahagian masing-masing seperti isteri ibu bapa mendapat satu perenam setiap orang, isteri mendapat satu perempat jika tidak memiliki anak, tetapi jika mempunyai anak isteri mendapat satu perlapan manakala anak pula dikira sebagai asobah iaitu yang menghabiskan baki harta dengan pembahagian anak lelaki mendapat satu bahagian dan anak perempuan sebahagian.

Hal ini termaktub dalam surah al-Nisa’ : Ayat 11, 12, dan 176) iaitu ayat yang secara khusus menyentuh peruntukan bahagian ditetapkan ke atas waris dalam pembahagian harta pusaka.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak, maka tiada wasiat untuk warisnya.” (Hadis Riwayat At-Tarmizi)

Namun ada juga pendapat di kalangan ulama mengatakan ayat-ayat berkaitan wasiat masih kekal berkuatkuasa walaupun setelah turun ayat-ayat berkaitan pembahagian harta pusaka. Ini kerana terdapat kategori-kategori keluarga yang terhalang dari mendapat harta pusaka seperti ibu bapa yang kafir dan tidak boleh menerima pusaka kerana berlainan agama. Begitu juga para cucu yang kematian bapa sebelum kematian datuknya. Di mana harta datuk itu tidak boleh diwariskan kepada cucu jika datuk itu ada meninggalkan anak-anaknya yang lain. Sedangkan jika arawah bapa cucu ini masih hidup, arwah bapanya berhak ke atas harta datuk dan boleh pula mewariskan harta itu kepada anaknya.

Oleh itu dengan kekalnya hukum wasiat seperti surah Al-Baqarah ayat 180 di atas maka dapatlah menolong cucu-cucu ini kerana mereka masih kecil dan perlukan pembelaan.

Pada ayat 181, Allah SWT menjelaskan pemegang-pemegang wasiat hendaklah jujur dan beramanah pada melaksanakan wasiat yang diamanahkan kepadanya. Melaksanakan wasiat hendaklah diletakkan pada peringkat keutamaan dalam pembahagian harta peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia.

Firman Allah SWT,

“Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya..”

Maksud dari ayat diatas adalah barang siapa yang mengubah wasiat, menambah, mengurangi, atau menyembunyikannya, maka dosanya hanya ditanggung oleh orang yang mengubahnya sedangkan pahala orang yang berwasiat tetap tidak akan berkurang.

Ayat ini adalah dalil bahawa mana-mana orang yang berhutang dan telah berwasiat agar dilunaskan hutang-hutangnya dari harta peninggalannya selepas meninggal dunia namun tidak dilaksanakan wasiat tersebut oleh si pemegang amanah atau melwat-lewatkan pembayaran hutang maka orang yang berhutang ini terlepas daripada dosa.

Sebaliknya yang menanggung dosa tersebut ialah si pemegang amanah yang mengkhianati amanah, tidak mahu melunaskan hutang atau melenagguh-nangguhkan pembayaran hutang simati.

Firman Allah SWT dihujung ayat 181,

“sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

Allah SWT memberitahu agar pihak yang ingin meninggalkan wasiat itu supaya tidak bimbang terhadap pihak yang memegang wasiat kerana Allah adalah sebaik-baik saksi lagi yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui jika terdapat sebarang penyelewengan tentang wasiat itu.

Firman Allah pada ayat 182,

“Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan ugama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Secara hakikinya wasiat tidak boleh diubah. Namun jika si pemegang wasiat itu memikirkan wasiat itu bertentangan dengan muslihat umum para waris, atau perintah wasiat itu satu pembaziran dan sia-sia, atau menzalimi ahli waris, maka tidaklah berdoasa bagi pemegang wasiat mengubahnya kepada cara yang lebih mendatangkan kebaikan yang banyak.

Wallahualam. (kupasan dari usthjhishamuddinmansor.blogspot.com)


Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:


Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
 

Sunday, November 13, 2011

FAQ: Pentadbiran Harta Pusaka

Pentadbiran harta pusaka melibatkan banyak pihak dan masing-masing mempunyai peranan penting untuk memastikan pentadbiran harta pusaka si mati dapat diuruskan dengan baik dan selesai dalam tempoh yang munasabah.

Siapakah Wasi dan apakah syarat-syarat layak menjadi Wasi (Executor)?

Wasi (Executor) ialah orang yang dilantik oleh pewasiat dalam Surat Wasiat untuk melaksanakan pentadbiran harta pusaka selepas kematian pewasiat termasuk hasrat dan pesanan pewasiat. Orang yang dimaksudkan di sini boleh jadi seorang individu ataupun organisasi seperti syarikat amanah.

Pewasiat bebas melantik sesiapa menjadi Wasi sama ada individu berkenaan di kalangan waris ataupun sahabat handai. Syarikat amanah seperti Amanah Raya Berhad dan As-Salihin Trustee Berhad juga boleh dilantik sebagai Wasi. Kedua-dua syarikat amanah mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam pentadbiran dan pengurusan harta pusaka. 


Antara ciri-ciri penting yang perlu ada untuk dilantik sebagai Wasi ialah:
1) Orang / organisasi yang boleh dipercayai
2) Mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan tugas-tugas Wasi
3) Adil dan waras
4) Adalah amat digalakkan bagi orang Islam melantik orang Islam juga sebagai Wasi supaya kepentingan agama terpelihara
5) Mampu untuk melaksanakan tugas Wasi terutamanya dari segi masa dan tenaga

Dalam surat Wasiat, pewasiat boleh melantik lebih daripada seorang Wasi iaitu Wasi Bersama dan juga Wasi Ganti. Wasi Bersama ialah Wasi yang diberikan kuasa untuk bertindak bersama dengan Wasi Utama yang dilantik. Manakala Wasi Ganti pula ialah Wasi yang akan mengambilalih tugas dan peranan Wasi Utama sekiranya Wasi Utama telah meninggal dunia, tidak mampu untuk melaksanakan tugas atau Wasi Utama menyerah tugas dan tanggungjawab kepada Wasi Ganti.

Apakah tugas-tugas Wasi?

Wasi adalah pihak yang sangat penting dan haruslah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas dalam pentadbiran harta pusaka si mati. Antara tugas-tugas utama Wasi ialah:
1) Mengenalpasti Wasiat
2) Mengumpulkan waris-waris dan benefisiari
3) Menjelaskan kandungan Wasiat kepada waris-waris dan benefisiari
4) Mengumpulkan aset dan liabiliti pewasiat dan mendapatkan dokumen yang sah bukti pemilikan aset
5) Memohon dan mendapatkan Grant of Probate di Mahkamah Tinggi
6) Menyelesaikan hutang si mati termasuk cukai, zakat, haji, kaffarah dan lain-lain hutang yang berkenaan
7) Mengagihkan harta pusaka mengikut arahan dan pesanan pewasiat
8) Berbincang dengan waris dan benefisiari untuk memudahkan pembahagian harta pusaka
9) Menjadi orang tengah sekiranya terdapat konflik atau perbalahan dikalangan waris
10) Menyediakan penyata akaun untuk aset dan liabiliti (hutang) si mati dan agihan kepada waris sehingga semuanya selesai

Siapakah pentadbir dan bagaimana seseorang pentadbir itu dilantik?

Pentadbir ialah individu atau organisasi yang dilantik oleh waris-waris si mati untuk mentadbir harta pusaka si mati. Boleh juga dimaksudkan sebagai wakil si mati. Semua waris hendaklah bersetuju untuk melantik seseorang pentadbir. Setelah mendapat persetujuan daripada semua waris, maka pentadbir boleh membuat permohonan Surat Kuasa Tadbir daripada Mahkamah.

Lebih daripada seorang pentadbir boleh memohon untuk mentadbirkan harta si mati. Sekiranya berlaku perbalahan dan terdapat lebih daripada satu permohonan menjadi pentadbir, maka pihak Mahkamah akan membuat keputusan yang munasabah untuk melantik pentadbir dan selanjutnya mengeluarkan Suarta Kuasa Tadbir. Ini berlaku apabila si mati meninggal dunia tanpa menulis Wasiat.

Apakah perbezaan diantara Wasi dan Pentadbir Harta Pusaka?

Wasi adalah orang atau organisasi yang dilantik oleh Pewasiat semasa hidupnya. Ini bermakna Pewasiat mempunyai hak melantik sesiapa yang beliau percaya dan memenuhi ciri-ciri yang layak menjadi Wasi. Walaubagaimanapun, Pentadbir Harta Pusaka dilantik oleh waris-waris si mati selepas kematiannya kerana si mati tidak meninggalkan Wasiat. Sesiapa yang mempunyai kepentingan terhadap harta pusaka si mati termasuk pemiutang (creditors) boleh memohon sebagai Pentadbir. Wasi akan mendapatkan Grant of Probate, manakala Pentadbir akan memohon Surat Kuasa Tadbir daripada Mahkamah.

Adakah yuran pentadbiran untuk Wasi atau Pentadbir Harta Pusaka?

Yuran pentadbiran adalah berbeza-beza mengikut Wasi atau Pentadbir Harta Pusaka yang dilantik. Yuran pentadbiran ini selalunya dikenakan oleh Syarikat Amanah sebagai imbuhan dalam menyelesaikan pembahagian harta pusaka si mati.



Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:


Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
 

Saturday, November 12, 2011

Akibat Tidak Berwasiat

3 Abdul


Cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee - 3 Abdul di atas memang cukup menghiburkan kita, walaupun kita sudah tonton 1000 kali sekalipun, tapi bagaimana dengan pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita tersebut. Pertelingkahan antara 3 adik-beradik di atas memang kerap berlaku dalam masyarakat kita terutama melibatkan pengagihan harta pusaka. Kealpaan kita mengutamakan urusan wasiat menyebabkan banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku terjadi. Oleh yang demikian berwasiatlah sebelum kita menyesal di alam berzakh nanti.

Lapan sebab kenapa kita perlu membuat wasiat 

Apa itu wasiat


Ini realiti yang terjadi bila tiada wasiat



Sekiranya memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:


Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com

Thursday, November 10, 2011

Bagaimana Menyediakan Surat Wasiat Yang Baik dan Berkesan?


Surat wasiat yang baik dan berkesan hendaklah disediakan oleh pihak dan syarikat yang mahir atau profesional dalam menyediakannya. Ini kerana ia melibatkan harta, pihak yang memberi wasiat, pihak yang menerima wasiat, dua orang saksi yang menyaksikan surat itu ditandatangani oleh pewasiat dengan kerelaan hati pewasiat.

Sekiranya surat wasiat tidak disediakan dengan secara baik dan profesional, ia boleh dipertikaikan oleh pewaris-pewaris dan ini boleh menjadikan surat wasiat itu tidak laku. Dan yang mustahak, surat wasiat itu hendaklah dijaga keasliannya, tidak dicetak, ditambah, diubahsuai tanpa persetujuan pewasiat.

Oleh itu adalah sangat mustahak surat wasiat yang asal atau lebih tepat yang original dipegang oleh badan-badan amanah, manakalan salinannya bolehlah dipegang oleh pewasiat itu sendiri. Dalam konteks ini adalah mustahak pewasiat mempastikan yang pewaris-pewaris mengetahui akan dokumen ini.


Surat wasiat yang baik hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:


1. Pewasiat mengikrarkan dokumen wasiatnya itu kepada bakal pewaris.

2. Pewasiat menamakan wasinya (pentadbir harta) dengan jelas.

3. Pewasiat memberi kuasa yang jelas dan penuh kepada wasinya selepas kematian pewasiat.

4. Pewasiat memberi kuasa kepada wasi supaya menjelaskan semua hutangnya termasuk tunggakan zakat dan cukai sebelum harta diagihkan kepada pewaris.

5. Pewasiat menyenaraikan dengan jelas dan spesifik mengenai semua harta yang diwasiatkan (contoh: alamat  rumah & anglo, nombor akaun bank, nombor akaun ASB dan akaun insurans hayat)

6. Pewasiat memberi kuasa kepada wasi memberikan semua aset seperti yang dinyatakan dalam wasiat kepada benefisiari-benefisiari (penerima wasiat)

7. Pewasiat menyatakan dengan jelas nama-nama pewaris atau benefisiari.

8. Pewasiat menentukan dengan jelas kadar pembahagian harta kepada pewaris-pewaris atau benefisiari (contoh: anak kandung 30%, anak angkat 30%, adik tiri 20% dan sedekah Masjid Kg Baru 10%).

9. Pewasiat menyatakan dengan jelas kadar pembahagian harta sekiranya berlaku kematian ke atas pewaris-pewarisnya.


10. Pewasiat hendaklah mengistiharkan (jika ada) dalam wasiatnya sekiranya telah ada perjanjian pemberian/pembahagian hadiah (hibah). Ini bagi mempastikan pengagihan harta wasiat diagihkan setelah mengambil kira hibah ini.

11. Pewasiat hendaklah mengistiharkan (jika ada) dalam wasiatnya sekiranya telah wujud perjanjian mengenai harta sepencarian. Ini bagi mempastikan pengagihan harta seperti dalam wasiat diagihkan setelah mengambil kira nilai harta sepencarian.

12. Pewasiat hendaklah menyatakan dengan jelas cara pembahagian akan saki baki harta-harta yang tidak dinyatakan dalam surat wasiat kepada pewaris-pewarisnya.

13. Pewasiat wajar memberi nasihat/pesanan kepada waris-waris supaya proses pembahagian harta selepas kematiannya dapat berjalan dengan lancar bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan di kalangan pewaris. Sekiranya ada pertelingkahan, maka pewasiat mengingatkan pewaris akan pemakaian hukum Faraid sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut perebutan harta.

14. Pewasiat hendaklah menandatangani surat wasiat dengan sekurang-kurangnya dua orang saksi.

Anda mahu membuat wasiat atau ingin maklumat lanjut? Hubungi saya:

Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep<at>gmail.com
FB: Page "Perancangan Harta Pusaka Anda"

Tuesday, November 8, 2011

Mudahnya Faraid

Faraid adalah undang-undang pembahagian harta pusaka Islam. Pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid akan dilaksanakan apabila waris-waris yang sah tidak mendapat kata sepakat dalam cara pembahagian harta pusaka.

Ramai orang tahu
bahawa sekiranya berlaku kematian maka harta pusaka tersebut akan terus difaraidkan. Malangnya setakat tahu sahaja tetapi tidak memahami bagaimana proses faraid itu berjalan sudah tentu tidak akan menyelesaikan pembahagian pusaka tersebut. Adakah sekadar tahu "aku juga ada bahagian" dalam harta pusaka tersebut akan menyelesaikan masalah pusaka?

Faraid
hanya menetapkan nilai harta yang patut diterima oleh waris-waris. Namun bagaimana harta itu patut diagihkan atau dalam bentuk apa harta itu patut diagihkan tidaklah ditentukan.

Dalam proses pengurusan harta pusaka, ada dua perkara penting yang perlu dilakukan, iaitu:

1) Proses mengenal pasti waris-waris yang berhak.
2) Proses pengagihan harta kepada waris-waris yang berhak.

Proses di atas perlu dilakukan menurut urutan. Waris-waris yang berhak perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum pengagihan harta dijalankan. Sekiranya harta diagihkan tanpa mengenal pasti waris-waris yang berhak terlebih dahulu, maka ditakuti penerima harta tersebut telah menerima harta secara batil. Menerima harta secara batil boleh menyebabkan terjadinya perkara yang tidak diingini iaitu memakan harta haram. Banyak implikasi tidak elok akan wujud kepada diri, ahli keluarga dan juga masyarakat akibat memakan harta haram. Salah satu daripadanya adalah doa yang tidak diterima.

Sunday, November 6, 2011

Warisan Kepada Cucu

Senario.
Pada 2005 Abdul Rahman meninggal dan mempunyai anak lelaki. Pada 2011 bapa Abdul Rahman meninggal. Adakah cucu lelaki itu layak mewarisi harta pusaka datuknya itu?
Jawapan:
Cucu ini tidak dapat mewarisi harta datuknya. Ini kerana Abdul Rahman meninggal dahulu daripada bapanya. Prinsipnya ialah waris hendaklah hidup semasa kematian seseorang.
Kesimpulan: Tanpa wasiat, cucu tidak mendapat apa-apa bahagian dari harta pusaka datuknya.
Apa patut datuk lakukan jika mahukan cucu kesayangannya mendapatkan bahagian harta pusakanya?

1. Semasa hidup datuk wajib membuat
dokumen wasiat.
2. Di dalam dokumen wasiat, datuk boleh memberikan
1/3 daripada hartanya kepada bukan waris. Dalam kes ini, datuk boleh mewariskan hartanya kepada cucunya. Datuk boleh memberi lebih daripada 1/3 tapi tertakluk kepada persetujuan warisnya.

3. Jika datuk hendak memastikan cucunya mendapat lebih daripada 1/3 tanpa dibantah waris faraid, maka hendaklah semasa hidup datuk menggunakan instrument Deklarasi Hibah. Harta yang dihibahkan kepada cucunya tidak lagi menjadi harta pusaka apabila beliau meninggal.

Lihatlah bagaimana dengan membuat wasiat, datuk dapat memastikan segala hasratnya terlaksana apabila beliau meninggal kelak. Anda bagaimana?


Anda mahu membuat wasiat dan hibah atau ingin maklumat lanjut? Hubungi saya:

Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep<at>gmail.com
FB: Page "Perancangan Harta Pusaka Anda"

Thursday, November 3, 2011

Wang Pencen Tidak Dikira Harta Pusaka


Soalan: SAYA ingin tahu mengenai wang ganjaran dan pencen   seorang kakitangan awam yang sudah meninggal dunia. Si mati mempunyai dua isteri, seorang diceraikan (dengan isteri ini dia mempunyai tiga anak berusia daripada 17 tahun hingga 20-an) manakala isteri keduanya mempunyai tiga anak yang masih bersekolah. Kemusykilan saya ialah wang pencen dan ganjaran si mati hanya dinikmati oleh semua anak tirinya, isteri dan anaknya sendiri yang berusia 17 tahun saja. Dua lagi anak si mati tidak mendapat sebarang habuan. Saya berpendapat dalam hal ini pembahagian adalah sangat tidak adil kerana anak sendiri tidak mendapat apa-apa habuan daripada harta (wang ganjaran dan pencen) bapa mereka. Bagaimanakah hal ini boleh terjadi?
Isteri musykil,Selangor.

JAWAPAN
: PUAN, untuk menjawab persoalan ini, rujukan akan dibuat terhadap Akta Pencen. Pencen adalah harta kepunyaan seseorang jika beliau menerima pencen itu semasa masih hidup. Oleh itu, apabila meninggal dunia, pencen yang masih belum sempat dikeluarkan semasa hayatnya adalah menjadi pusaka dan perlu dibahagikan menurut faraid.
Menurut Perkara 27 (1) Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 1980), wang pencen si mati boleh dibayar kepada orang tanggungan si mati tanpa perlukan sebarang surat kuasa.
Bagaimanapun, apabila ia termasuk sebagai pusaka, penerima pencen hendaklah membahagikannya kepada waris menurut faraid.
Merujuk persoalan puan, isteri yang diceraikan sebelum si mati meninggal dunia, tidak termasuk sebagai waris pusaka. Namun, puan tidak merujuk secara khusus dan jelas berkaitan anak dan isteri mana yang menerima wang pencen dan ganjaran si mati. Maka, huraian ini adalah khusus kepada huraian biasa berkaitan 1) pencen, 2) pencen terbitan, 3) ganjaran dan 4) ganjaran terbitan.

Apabila pesara meninggal dunia, bayaran pencen kepada akan diberhentikan. Bayaran pencen akan disambung bayar kepada orang tanggungan dan bayaran itu dinamakan Pencen Terbitan. Akta Pencen menetapkan apabila pesara meninggal dunia, bayaran pencen berikutnya akan dibayar kepada orang tanggungan yang layak menerima saja.
Tafsiran orang tanggungan menurut Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238) menyatakan, mereka termasuklah balu atau duda dan anak pesara (si mati) yang belum mencapai umur 21 tahun dan belum berkahwin serta anak yang menuntut di institusi pengajian tinggi untuk ijazah pertama. Anak angkat, cacat otak atau hilang upaya jasmani secara kekal sehingga tidak mampu menanggung diri sendiri juga layak mendapat pencen terbitan itu.
Untuk menentukan jumlah akan diterima setiap bulan oleh tanggungan, ia dikira 1/600 x tempoh perkhidmatan (dikira dalam bulan) x gaji terakhir pesara.
Menurut Wan Abdul Halim Wan Harun dalam Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka yang merujuk kertas taklimat Pengurusan Pencen di bawah Sistem Pentadbiran Pencen oleh Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam antara lain menyatakan, objektif Skim Pencen yang hanya dibuat kepada tanggungan pesara dan bukannya waris menurut faraid adalah untuk meringankan beban tanggungan dengan memberi saraan hidup kepada tanggungan pesara yang meninggal dunia sebagai pengorbanan atau pemberian kerajaan kepada kakitangannya. Maka, pencen terbitan TIDAK dikategorikan sebagai harta pusaka.

Ganjaran pula adalah pemberian majikan kepada kakitangan yang sudah bersara atau dikehendaki bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Ia diberikan secara sekali gus kepada anggota yang berpencen bukan seperti pencen yang akan dibayar setiap bulan kepada pesara.
Menurut Wan Abdul Halim yang merujuk Perkara 4 Peraturan-peraturan Pencen 1980 PU (A) 176 tahun 1980, ganjaran diberikan kepada pesara dikira mengikut formula yang ditetapkan iaitu 1/20 x tempoh perkhidmatan (dikira dalam bulan) x gaji terakhir diterima.
Namun, jika seseorang itu bersara, ganjaran akan diberikan kepadanya. Jika beliau meninggal dunia, ganjaran akan diberikan kepada tanggungannya iaitu balu, anak, duda dan ibu bapa. Ia dinamakan ganjaran terbitan.

Akta Pencen TIDAK mentakrifkan ganjaran terbitan sebagai harta pusaka si mati walaupun sehingga kini khalayak mempersoalkan supaya ganjaran terbitan boleh ditakrifkan sebagai harta pusaka dan hendaklah dibahagikan menurut faraid.
Sudah diperbincangkan bahawa ganjaran terbitan tidak boleh disamakan dengan pencen terbitan. Ini kerana pencen terbitan dikatakan sumbangan kerajaan kepada tanggungan si mati setiap bulan dan ia akan terhenti dengan sebab tertentu seperti apabila anak mencapai umur 21 tahun, sudah berkahwin, tamat pengajian ijazah pertama atau balu atau anak kurang upaya kemudian meninggal dunia.
Ganjaran terbitan diberikan bersangkutan dengan khidmat seseorang dalam kerajaan. Jumlah bayaran berdasarkan tempoh perkhidmatan pesara. Oleh itu, perkiraan ganjaran terbitan sudah ada dan jumlahnya sudah diketahui apabila berlaku kematian. Namun, sehingga kini tujuan dan matlamatnya kurang jelas.

Walaupun Jawatankuasa Fatwa pada 12 September 1988 menyarankan supaya Akta Pencen 1980 dikaji semula namun muzakarah bersetuju bahawa ganjaran terbitan dan pencen terbitan TIDAK TERMASUK  sebagai harta pusaka dan kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.
Ini berdasarkan hujah jawatankuasa itu bahawa ganjaran terbitan dan pencen terbitan yang diperuntukkan Akta Pencen 1980 ialah hadiah kerajaan kepada tanggungan kakitangan kerajaan apabila kakitangan itu meninggal dunia.
Pemberian dibuat atas asas ganjaran kerana perkhidmatan dengan kerajaan seperti diperuntukkan dalam Akta Pencen. Pemberian itu disebutkan sebagai hak tanggungan dan jumlahnya tidak diketahui. Maka, ganjaran dan pencen BUKANLAH  sebagai harta pusaka atau peninggalan si mati yang mesti dibahagikan menurut faraid.
Oleh itu, puan dinasihatkan merujuk persoalan puan kepada kaedah pembahagian di Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam demi mengetahui pembahagian dan tanggungan yang disenaraikan oleh pesara semasa hayatnya.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Layari http://peguamsyarie.blogspot.

Anda mahu membuat wasiat atau ingin maklumat lanjut? Hubungi saya:


Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep<at>gmail<dot>com