Surat wasiat yang baik dan berkesan hendaklah disediakan oleh pihak dan syarikat yang mahir atau profesional dalam menyediakannya. Ini kerana ia melibatkan harta, pihak yang memberi wasiat, pihak yang menerima wasiat, dua orang saksi yang menyaksikan surat itu ditandatangani oleh pewasiat dengan kerelaan hati pewasiat.
Sekiranya surat wasiat tidak disediakan dengan secara baik dan profesional, ia boleh dipertikaikan oleh pewaris-pewaris dan ini boleh menjadikan surat wasiat itu tidak laku. Dan yang mustahak, surat wasiat itu hendaklah dijaga keasliannya, tidak dicetak, ditambah, diubahsuai tanpa persetujuan pewasiat.
Oleh itu adalah sangat mustahak surat wasiat yang asal atau lebih tepat yang original dipegang oleh badan-badan amanah, manakalan salinannya bolehlah dipegang oleh pewasiat itu sendiri. Dalam konteks ini adalah mustahak pewasiat mempastikan yang pewaris-pewaris mengetahui akan dokumen ini.
Surat wasiat yang baik hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Pewasiat mengikrarkan dokumen wasiatnya itu kepada bakal pewaris.
2. Pewasiat menamakan wasinya (pentadbir harta) dengan jelas.
3. Pewasiat memberi kuasa yang jelas dan penuh kepada wasinya selepas kematian pewasiat.
4. Pewasiat memberi kuasa kepada wasi supaya menjelaskan semua hutangnya termasuk tunggakan zakat dan cukai sebelum harta diagihkan kepada pewaris.
5. Pewasiat menyenaraikan dengan jelas dan spesifik mengenai semua harta yang diwasiatkan (contoh: alamat rumah & anglo, nombor akaun bank, nombor akaun ASB dan akaun insurans hayat)
6. Pewasiat memberi kuasa kepada wasi memberikan semua aset seperti yang dinyatakan dalam wasiat kepada benefisiari-benefisiari (penerima wasiat)
7. Pewasiat menyatakan dengan jelas nama-nama pewaris atau benefisiari.
8. Pewasiat menentukan dengan jelas kadar pembahagian harta kepada pewaris-pewaris atau benefisiari (contoh: anak kandung 30%, anak angkat 30%, adik tiri 20% dan sedekah Masjid Kg Baru 10%).
9. Pewasiat menyatakan dengan jelas kadar pembahagian harta sekiranya berlaku kematian ke atas pewaris-pewarisnya.
10. Pewasiat hendaklah mengistiharkan (jika ada) dalam wasiatnya sekiranya telah ada perjanjian pemberian/pembahagian hadiah (hibah). Ini bagi mempastikan pengagihan harta wasiat diagihkan setelah mengambil kira hibah ini.
11. Pewasiat hendaklah mengistiharkan (jika ada) dalam wasiatnya sekiranya telah wujud perjanjian mengenai harta sepencarian. Ini bagi mempastikan pengagihan harta seperti dalam wasiat diagihkan setelah mengambil kira nilai harta sepencarian.
12. Pewasiat hendaklah menyatakan dengan jelas cara pembahagian akan saki baki harta-harta yang tidak dinyatakan dalam surat wasiat kepada pewaris-pewarisnya.
13. Pewasiat wajar memberi nasihat/pesanan kepada waris-waris supaya proses pembahagian harta selepas kematiannya dapat berjalan dengan lancar bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan di kalangan pewaris. Sekiranya ada pertelingkahan, maka pewasiat mengingatkan pewaris akan pemakaian hukum Faraid sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut perebutan harta.
14. Pewasiat hendaklah menandatangani surat wasiat dengan sekurang-kurangnya dua orang saksi.
Anda mahu membuat wasiat atau ingin maklumat lanjut? Hubungi saya:
Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep<at>gmail.comFB: Page "Perancangan Harta Pusaka Anda"
No comments:
Post a Comment