Semasa menziarahi saudara-mara, ada 2 kisah yang hendak saya kongsikan bersama. Kedua2 kisah ini kisah benar, diceritakan oleh waris atau ahli keluarga yg rapat dengan si mati. Nama dan dimana berlaku tidak perlukan saya ceritakan di sini.
Kisah benar pertama, perebutan harta pusaka. Arwah, si ayah, semasa meninggal tidak mempunyai wasiat. Semasa hidup, kesemua anak ok.. bila meninggal sudah porak peranda berebut harta pusaka. Kesian saya tengok si ibu, pening kepala melihat situasi begini antara anak2.
Kisah kedua, harta pusaka moyang yang disalahguna oleh atuk sedara. tanah dan harta di ambil atuk sedara menjadi haknya, walaupun dia bukanlah waris faraid. Anak-anak (2 lelaki dan 1 perempuan) si mati tidak mahu bergaduh dengan pak sedaranya lalu membiarkan kejadian ini. Sekarang, kedua2 anak lelaki telah meninggal, yg masih hidup anak perempuan. Cucu2 moyang sekrg ini cuba mengambil balik hak2 mereka. Perhubungan antara atuk sedara & famili dia dengan famili anak2 menjadi dingin. Tidak tahulah berapa lama perkara ini akan diselesaikan. sudah jadi masalah waris berlapis.
Kedua2 kejadian ini hendaklah kita jadikan iktibar. Semasa kita masih hidup, buatlah perancangan harta pusaka. Banyak kebaikannya seperti dinyatakan disini:
1. Lapan Sebab Mengapa Kita Patut Membuat Wasiat
2. Wasiat
Selamat hari raya Aidilfitri & Berhati-hati di Jalan Raya
Sekiranya memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:
Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep@gmail.com