Berbanding tahun lepas, saya ada bercerita tentang kisah perebutan harta pusaka. Boleh baca di sini:
Hari Raya dan Kisah Harta Pusaka
Raya tahun ni lain sedikit cerita dia. Ada tetamu saya, suami isteri bersama dengan seorang anak datang beraya dan menceritakan tentang kisah isterinya yang terjatuh dan sakit dipinggul agak lama. Sudah pergi berurut tapi sakit itu datang balik. Mereka mengambil keputusan jumpa doktor specialist, dan apabila dibuat scan, berkemungkinan besar si isteri sebenarnya menghidap cancer ovari yang agak teruk. Bayangkan berita ini diterima tak kala 3-4 hari lagi nak Syawal nak tiba. Doktor pula berkata hanya pembedahan sebagai penyelesaian.
Apa yang saya nak ceritakan bukannya tentang sakit itu, tapi kebetulan si isteri dan si suami ada mengambil kad medical takaful. Tak perlulah saya ceritakan syarikat takaful mana. Dengan kad medical takaful ini membolehlah pembayaran doktor specialist ni dibayar oleh syarikat takaful. Sudah abis hampir RM4 ribu. Itu belum masuk pembedahan lagi. Alhamdulillah sebab sebagai pelanggan kad medical takaful ini, kesemuanya akan ditanggung.
Jadi ini membuatkan saya terfikir.. Jika ini terjadi pada saya atau isteri saya bagaimana? wang simpanan ada, tapi cukup ke kalau amount yg nak kena bayar besar. Saya agak bertuah sebab bab-bab hospital & sakit ini ada ditanggung oleh company tempat bekerja, termasuk cover famili terdekat. Bagaimana agaknya kalau individu tersebut bekerja tetapi company nya tak cover kesihatan/hospital?
Jadilah betullah perancangan harta ni terbahagi pada 4 yang mana satunya dikenali sebagai Wealth Protection. Oleh itu, anda nilaikan dan lihat semula perancangan protection anda, berkaitan takaful/insurans ini. Boleh baca entri di sini:
Apa Sebenarnya Perancangan Kewangan Itu?
Marilah kita ambil sedikit masa kita untuk muhasabah dan melihat keperluan perlindungan takaful/insurans ini. Seperti kata pepatah yang "Sediakan payung sebelum hujan"
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya: atau Langkah mudah klik di sini
Abd Karim Abu Bakar.
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 1035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda