Ya, memang ada.
Ia berlaku kepada adik-beradik ibubapa kita kerana berebut harta yang ditinggalkan oleh bapa mereka. Kita di kalangan anak-anak mungkin tidak terasa apa-apa kerana ia tidak melibatkan kita.
Bagaimanapun, kalau ia boleh berlaku kepada ibubapa kita, tidak mustahil isu perebutan harta berterusan kepada kita, iaitu anak-anak kita akan berebut harta apabila kita meninggal dunia nanti.
Kisah perebutan harta di kalangan adik-beradik ibu bapa kita bukan cerita pelik tetapi kisah benar bagi kebanyakan kita. Marilah saya menceritakan kisah satu generasi yang berebut harta pusaka. Ia diceritakan oleh kawan saya kira-kira setahun yang lalu.
Tok Mat (nama samaran) adalah seorang penghulu di kampung Rebut Harta (nama samaran kampung tersebut). Bapa Tok Mat, Tok Jib adalah juga seorang penghulu. Kabarnya, pada masa dahulu jawatan penghulu di Kampung Rebut Harta adalah diturun-temurunkan. Tetapi tidak diketahui Tok Mat ni sudah generasi ke berapa menjadi penghulu.
Semasa hayat Penghulu Tok Mat beliau telah berjaya mengumpul banyak harta khususnya tanah-tanah pertanian dan tapak rumah. Bagaimanapun, sebahagian daripada harta Tok Mat adalah peninggalan tanah pusaka bapanya, Penghulu Tok Jib.
Semasa hidup Tok Mat, beliau mempunyai tiga isteri. Isteri beliau yang pertama mempunyai 6 orang anak dan isteri beliau kedua mempunyai 5 orang anak. Isteri ketiga mempunyai seorang anak.
Semasa hidup Tok Mat, kehidupan mereka adalah aman, tidak ada pertelingkahan keluarga fasal merebut harta. Ini kerana anak-anak masih muda dan kepentingan memiliki harta belum menjadi jadi isu utama. Dan juga, ada juga anak-anak yang telah diberikan harta siang-siang lagi.
Semasa hidup, Tok Matn telah memberi tanah getah, tanah tapak rumah kepada anak-anak tertentu atas dasar kasih sayang atau sebab-sebab tertentu. Oleh itu, semasa Tok Mat hidup ada anak yang tidak mendapat tanah dan ada anak yang mendapat lebih tanah.
Masalah timbul apabila Tok Mat meninggal dunia. Maka anak-anak pun mula bersuara sesama mereka tentang hak masing-masing bagi mendapatkan harta daripada peninggalan Tok Mat itu. Perasaan dengki-mendengki sesama adik-beradik telah menjadi-jadi. Si Ali mula mengatakan Si Mad, yang Si Mad tidak boleh menuntut harta pusaka kerana Si Ali telah berjaya mendapat tanah semasa bapa mereka hidup.
Punca masalah pertelingkahan dan dengki-mendengki adalah kerana semasa hidup Tok Mat, beliau tidak meninggalkan sebarang wasiat mengenai harta-harta beliau.
Harta-harta Tok Mat adalah dianggarkan 70-80 ekar. Kira-kira 30-40 ekar telah dibahagikan semasa Tok Mat hidup. Ini tidak termasuk tanah-tanah hutan yang bergeran yang tidak diketahui letaknya. Jadi bayangkan ada 11 anak yang berebut tanah yang berbaki 40-50 ekar.
Tanah sebanyak 40-50 ekar ini terus menjadi rebutan sesama mereka. Tetapi tidak ada usaha-usaha bagi berbincang dan bermuafakat di kalangan anak-anak bagi membahagi-bahagikan harta ini. Ini kerana kejahilan mereka akan kaedah pembahagian harta pusaka mengikut cara Islam dan ketiadaan seorang pun di antara mereka sanggup menjadi pemimpin bagi menguruskan harta pusaka. Tambah pula anak-anak ini generasi 30-an, tidak educated dan sentiasa sibuk menguruskan keluarga harian dan tidak mempunyai masa bagi menguruskan harta peninggalan bapa mereka.
Bagi menunjukkan kejahilan mereka, ada antara anak-anak yang menyimpan geran-geran tanah dan membayar cukai tanah tahunan dengan andaian tanah itu adalah hak mereka.
Kesan daripada peninggalan bapa mereka yang tidak meninggalkan wasiat ialah adik-beradik tidak bertegur sapa. Anak-anak daripada isteri kedua dan ketiga yang lebih educated bersikap menjauhkan diri dan mungkin mereka telah mendapat bahagian-bahagian masing semasa bapa mereka hidup (maklumlah anak-anak isteri muda tentu ada kelebihannya!).
Anak-anak daripada isteri pertama yang umur disekitar 60-70 an pada masa ini yang dalam keadaan 'berperang'. Ada yang tidak bertegur sapa, umpat-mengumpat dan tidak ada keakraban keluarga. Kalau ada majlis kahwin dan musim hari raya, ada di antara adik-beradik malah anak-anak mereka tidak hadir ke rumah ahli keluarga ini kerana isu perebutan harta pusaka.
Mengikut kata kawan saya itu, isu dengki-mendengki dan perebutan harta masih berterusan sehingga ke hari ini. Tidak ada usaha mencari ketua sesama mereka bagi menyelesaikan harta pusaka milik bapa mereka kerana mereka telah saling tidak percaya dan mempercayai sesama mereka.
Oleh kerana isu perebutan harta telah berjalan bertahun-tahun, ada tanah-tanah yang tidak dibayar cukai dan ada diantara tanah-tanah ini telah dirampas oleh Kerajaan kerana tunggakan cukai bertahun-tahun.
Apakah pelajaran-pelajaran yang kita perolehi daripada kisah di atas
Pertama: Penghulu Tok Mat dapat mengurangkan risiko perebutan harta pesaka sekiranya semua harta dapat diagihkan kepada anak-anak sebelum beliau meninggal dunia (tapi bila dia tahu yang dia akan meninggal dunia?)
Kedua: Penghulu Tok Mat, harus menyediakan surat wasiat yang menyatakan dengan jelas anak-anak yang akan mendapatkan harta yang disenaraikan itu. Dengan itu, risiko perebutan harta di kalangan anak-anaknya dapat dikurangkan.
Ketiga: Selepas kematian Tok Mat, semua anak arwah Penghulu Tok Mat hendaklah berkumpul dengan secepat mungkin berkumpul dan melantik seorang atau beberapa orang dikalangan anak-anak mereka bagi menguruskan pembahagian harta pesaka. Tindakan ini dapat mengurangkan ketegangan antara mereka di masa hadapan dalam mendapatkan harta pesaka bapa mereka.
Keempat: Sekiranya anak-anak tidak berpengalaman dalam menguruskan harta pesaka, mereka hendaklah melantik peguam atau badan-badan (seperti as=Salihin Trustee Bhd) yang dapat menasihatkan mereka dalam mempercepatkan proses pengagihan harta mengikut hukum Faraid.
Lagi kisah malang di sini:
Jangan Biarkan Harta Pusaka Anda Menjadi Sebahagian Dari Statistik Ini
Rebut Kereta Pusaka
Kisah Dalam Kamar Pusaka
Jutawan Dihalang Pindah Hakmilik
Tak Mungkin Ini Terjadi, Tetapi Inilah Realiti
Akibat Tidak Berwasiat
Hari Raya dan Kisah Harta Pusaka
Tergamak Tak Tuntut Jenazah Ibu Bapa
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah dan Amanah, boleh hubungi saya:
Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
No comments:
Post a Comment