Assalamualaikum Tuan,
Si Bapa sudah meninggal kira-kira 2 tahun. Si bapa meninggalkan 8 orang anak. 3 daripada perkahwinan pertama yang telah diceraikan sebelum meninggal. 5 orang dengan isteri kedua dan masih isterinya semasa kematiannya. Kesnya spt berikut:
Oleh kerana si bapa meninggalkan banyak tanah tetapi tidak dibuat apa-apa wasiat atau hibah secara bertulis tentang pembahagiannya, maka Anak sulung iaitu daripada perkahwinan pertama telah memfailkan pembahagian pusaka di Pejabat Tanah dan Pejabat Tanah akan memanggil semua waris untuk pembahagian pusaka dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh pemfailan tersebut.
Tanpa disangka-sangka si ibu tiri (kepada 3 anak yang pertama) baru-baru ini telah juga membuat petisyen di Amanah Raya Berhad dan ARB akan membuat surat akuan/arahan ke JKPTG untuk tindakan seterusnya. Boleh tuan jelaskan permasalahan ini. Maaf sebab saya memang kurang arif tentang wasiat, dan harta pusaka. Sebab tu saya tulis berdasarkan apa yang saya dengar, baca dn tahu sahaja. Harap tuan dapat bantu. Terima Kasih.
Jawapan:
Waalaikumsalam, daripada soalan di atas, kita perlu tentukan siapakah waris Faraid yang berhak
1. 3 Orang anak isteri pertama (isteri pertama tidak berhak).
2. Isteri kedua dan 5 orang anak
3. Ibu bapa si mati (jika masih hidup semasa arwah meninggal)
Mereka di atas perlu berunding untuk melantik siapakah yang akan menjadi Pentadbir. Waris perlu mendapatkan Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah. Nilai dan jenis harta si mati menentukan prosedur seterusnya, samada akan ke ARB, Pejabat Tanah atau High Court. Untuk dapatkan maklumat lanjut pembahagian mengikut faraid, perlu dinyatakan jantina anak kerana hak lelaki 2X perempuan. Harap maklum.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:
Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
Telefon/Telegram: 011 035 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
