Saturday, August 13, 2011

FAQ (1): Perancangan Harta Pusaka

ISU DOKUMEN WASIAT

Soalan : Kenapa saya perlu menyediakan dokumen wasiat ?
Jawapan : Kerana hakikatnya semua orang akan mati. Selepas kematian kita, semua harta yang tidak mempunyai penama seperti akaun simpanan dan semasa di bank, Amanah Saham Bumiputera, Akaun Lembaga Tabung Haji , tanah, rumah dan sebagainya akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai.

Soalan : Berapa lamakah proses pentadbiran pusaka ini akan selesai dan bila pula waris-waris saya akan menerima harta saya yang terbeku di atas ?
Jawapan : Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa di antara 3 hingga 5 tahun. Walau bagaimanapun kami selalu juga terjumpa kes pentadbiran pusaka yang mengambil masa melebihi 15 tahun untuk diselesaikan.

Soalan : Bagi si mati yang mempunyai dokumen wasiat, berapa lama pula tempoh pentadbiran pusaka akan berjalan ?
Jawapan : Secara purata, bagi kes si mati yang mempunyai dokumen wasiat pula, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa di antara 6 hingga 18 bulan sahaja. Ada juga bagi kes pentadbiran yang tidak kompleks diselesaikan kurang dari 6 bulan.

Soalan : Di dalam tempoh waktu pentadbiran pusaka yang bertahun-tahun ini berjalan (bagi kes tiada dokumen wasiat), apakah yang waris saya akan dapat ?
Jawapan : Waris-waris tidak akan mendapat apa-apa bahagian harta tuan kecuali harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran.

Soalan : Jadi, harta yang akan dibekukan hanyalah harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja manakala harta yang mempunyai penamaan seperti di atas akan tetap diperolehi oleh penama saya ?
Jawapan : Ya. Harta yang terbeku memang harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja. Walau bagaimanapun, bagi harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran, tuan perlu ingat bahawa penama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai PEMEGANG AMANAH sahaja dan bukan tuan punya mutlak harta tersebut . Selepas mereka menerima harta-harta tersebut mereka perlu mengagihkannya semula kepada semua waris-waris mengikut Hukum Faraid.

Soalan : Jadi apa perlunya saya menyediakan dokumen wasiat ?
Jawapan : Dokumen wasiat akan mempercepatkan proses pentadbiran pusaka  dan membolehkan waris-waris tuan mendapat bahagian mereka dengan cepat manakala kalau tanpa dokumen wasiat, waris-waris tuan perlu menunggu sehingga beberapa tahun sebelum mereka mendapat bahagian mereka. Pendek kata, nasib anak-anak dan waris-waris yang lain seperti pasangan kita akan lebih terbela dengan adanya dokumen wasiat.

Soalan : Apakah perbezaan ketara yang menyebabkan proses pusaka dengan dokumen wasiat berjalan lebih cepat dari proses pusaka tanpa dokumen wasiat ?
Jawapan : Perbezaan yang paling ketara ialah kewujudan WASI (pentadbir) bagi kes dengan dokumen wasiat. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa dokumen wasiat, perkara pertama yang perlu dilakukan di dalam pengurusan harta pusaka ialah semua waris perlu bermuafakat untuk melantik pentadbir harta pusaka. Di sinilah sebenarnya halangan terbesar berlaku. Semua waris-waris perlu muafakat siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir dan mereka perlu hadir di dalam mesyuarat tersebut. Jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan pentadbir cadangan, proses ini tidak dapat dimulakan. Berlainan dengan kes yang mempunyai dokumen wasiat. Ini kerana WASI telahpun dilantik dan beliau boleh memulakan proses pentadbiran pusaka.


Mahu maklumat lanjutan tentang perancangan harta pusaka? boleh hubungi saya:
Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telepon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep@gmail.com

Sunday, August 7, 2011

Wasiat

Apa itu Wasiat?


Ramai orang mendengar perkataan 'wasiat', tetapi apakah anda tahu apa maksud sebenar wasiat. Orang dulu-dulu bila berlaku kematian, waris atau kerabat terdekat akan bagitau si arwah ada beritahu macam ni, rumah ni beri kepada si anak no 1, tanah kepada anak no 2 etc; jadi adakah ini juga 'wasiat'?

Ni dia jawapan sebenar: Wasiat adalah satu deklarasi oleh seseorang semasa hayatnya ke atas harta atau manfaatnya untuk kebajikan atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam yang berkuatkuasa, selepas kematiannya.

Jadi
1. Ianya merupakan satu dokumen bertulis
2. Ianya dibuat semasa hidup
2. ditandatangani/dicap jari oleh pewasiat
3. ditandatangani/dicap jari oleh 2 orang saksi lelaki Islam

Hasilnya, wasiat cakap mulut tidak terpakai lagi masa kini, atau dokumen wasiat yang tidak ditandatangani oleh pewasiat berserta saksi tidak dikira dokumen yang sah menurut undang-undang.

Apakah kelebihan menulis Wasiat

1. Mempercepatkan proses pembahagian harta
     Apabila seseorang itu meninggal dunia semua aset akan dibekukan. Pembahagian kepada waris hanya boleh dibuat apabila Probate atau Surat Kuasa Mentadbir diperolehi daripada Mahkamah Tinggi. Bagi kes si mati meninggal tanpa wasiat, Bon Pentadbiran dan penjamin diperlukan sebelum Surat Kuasa Mentadbir diberikan.

2. Mengelak pertelingkahan di dalam keluarga.
     Di bawah ini ada keratan akhbar, banyak lagi kes-kes di mana ahli keluarga putus hubungan sampai bunuh-membunuh pun ada,  Nauzubillah min zalik.
 
3. Melantik wasi yang boleh dipercayai untuk mentadbir aset anda sama ada terdiri daripada individu atau Syarikat Amanah.
    Amanah sangat penting, jika individu yang dilantik sebagai wasi pecah amanah, waris-waris tidak akan mendapat hak-hak mereka seperti dalam hukum syarak. 


4. Melantik penjaga harta untuk kanak-kanak.
    Dokumen wasiat membolehkan pewasiat (hanya kepada lelaki sahaja) melantik mana-mana individu atau Syarikat Amanah sebagai penjaga harta untuk anak-anaknya yang di bawah umur. Sekali lagi dinasihatkan jika mahu melantik individu agar melantik individu yang dipercayai dan amanah. 

5. Menyenaraikan semua hutang-hutangnya samada dunia dan akhirat.
    Dengan adanya senarai hutang-hutang ini di dalam dokumen wasiat akan memudahkan wasi atau pentadbir menyelesaikan pembayaran hutang-hutangnya dahulu sebelum pembahagian harta kepada waris dilakukan.

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi". (riwayat At-Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi)


Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Talipon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep@gmail.com

Friday, August 5, 2011

Jangan Biarkan Harta Pusaka Anda Menjadi Sebahagian Dari Statistik Ini

 
"RM42 bilion harta dibeku" begitulah tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia pada 31 Mac 2011.

Mengikut kajian Amanah Raya Bhd (ARB), nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes gagal diselesaikan pewaris kerana tiada wasiat kini dianggar mencecah RM42 bilion yang melibatkan kira-kira 1,000,000 kes.

ARB mendapati hanya 2% rakyat Malaysia menulis wasiat yang membolehkan segala maklumat harta didaftarkan, sekali gus memudahkan urusan pembahagian.

Lanjutan daripada itu,  ARB akan melancarkan kempen bagi membudayakan penulisan wasiat di kalangan masyarakat.

Mengikut kata Ahmad Saruji, iaitu Ketua Pegawai Pemasaran ARB, "Kami tidak mahu masalah ini bertambah lagi. Kempen ini akan diadakan sepanjang tahun di seluruh negara untuk menyampaikan mesej kepentingan menulis wasiat sekali gus mengelakkan masalah lain yang timbul terutamanya keretakan institusi kekeluargaan."

Sekiranya tuan/puan berhajat menulis surat wasiat sila  hubungi saya di butiran berikut
 
Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Talipon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep@gmail.com