Thursday, January 26, 2012

Bagaimana Perancang Harta Membantu Anda?


Sepasang suami isteri berjumpa saudara dan ingin mendapatkan nasihat mengenai perancangan pembahagian harta. Berikut adalah isu-isu yang memerlukan anda menilai dan memberi cadangan.


Maklumat


Suami-isteri ini berumur dalam lingkungan 50-an dan mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 20-an dan sudah berkahwin, dan telah pun mempunyai seorang cahaya mata perempuan berumur satu tahun. Suami tidak mempunyai ibu-bapa dan ada dua adik lelaki dan dua adik perempuan.


Pasangan ini tinggal di sebuah rumah berkembar dua tingkat dan pada masa ini rumah tersebut tiada sebarang hutang lagi. Rumah tersebut atas nama suami.


Persoalan dan Isu


>> Isteri bimbang jika berlaku sesuatu atas suaminya khususnya kematian, maka isteri bimbang masa hadapannya akan terjejas. Ini kerana berdasarkan hukum faraid, hak isteri adalah satu perlapan sahaja ke atas rumah itu, manakala anak perempuannya akan mendapat setengah (setelah ditolah satu perlapan), manakala bakinya akan dibahagikan kepada adik beradik lelaki dan perempuan kepada suaminya.


Jadi isteri mahu mempastikan beliau mempunyai hak ke atas rumah itu sekiranya suami meninggal dunia.


Suami pula bersetuju menyerahkan 100% rumah itu kepada isteri sekiranya beliau meninggal dahulu. Jadi beliau bersedia menulis surat wasiat bagi menyerahkan rumah itu kepada isterinya.


Bagaimanapun, isteri melihat surat wasiat suami itu ada risikonya. Sekiranya waris suami iaitu adik lelaki dan adik perempuan menentang, maka ia akan berbalik kepada hukum faraid dan isteri akan mendapat satu perlapan juga. Jadi surat wasiat tidak dapat mempastikan hak isteri selamat.


Bagi mempastikan isteri mendapatkan rumah itu apabila suami meninggal, suami bersedia menggunakan instrumen Deklarasi hibah (pri-hibah) yang ditawarkan oleh syarikat as-Salihin.


Pri-hibah ialah dokumen yang dibuat oleh suami yang menyerahkan harta oleh suami itu kepada isteri, dan hanya berkuatkuasa apabila suami mengalami ketidakupayaan fizikal dan mental yang kekal atau meninggal. Isteri bersetuju dengan penggunaan instrumen pri-hibah itu. Ini kerana pri-hibah adalah pemberian suami kepada isteri dan ia tidak tertakluk kepada hukum faraid dan tidak boleh ditentang oleh waris-waris suami.


Tetapi, bagi suami, pri-hibah ada risiko kepada suami sekiranya isteri meninggal dunia terlebih dahulu. Ini kerana berdasarkan peraturan as-Salihin, pri-hibah tidak boleh ditarik balik dan pri-hibah tidak boleh bersyarat. Ini bermakna, apabila isteri meninggal dunia dahulu daripada suami, harta pri-hibah itu sudah menjadi harta pusaka isteri. Keadaan ini tentulah tidak boleh diterima oleh suami sedangkan beliau masih hidup.


Bagaimana pun, instrumen deklarasi harta pencarian boleh memenuhi kehendak suami bagi mempastikan kedudukannya sebagai pemilik harta tidak akan terjejas selagi beliau masih hidup.


Melalui harta sepencarian, suami boleh menyerahkan 50% daripada rumah itu kepada isterinya dan ia berkuatkuasa serta merta dari tarikh perjanjian antara suami-isteri. Ini bermakna suami-isteri sudah boleh menarik nafas panjang.


Pada pandangan suami, beliau sudah menyerahkan 50% daripada rumah kepada isteri. Jadi apabila beliau meninggal, 50% harta sudah pun berada di tangan isteri yang dikasihinya itu tanpa tertakluk kepada hukum faraid.


Bagi isteri, beliau tidak akan terasa kehilangan tempat kediaman selepas suami meninggal dunia, kerana dengan perjanjian harta sepencarian beliau sudah pun memiliki 50% daripada hidup.


Soalannya ialah seperti berikut:
(i) apa akan terjadi kepada baki harta rumah 50% milik suami apabila suami meninggal dunia?


(ii) apa akan terjadi kepada baki harta rumah 50% milik isteri(mengikut harta sepencarian) apabila isteri meninggal dunia terlebih dahulu daripada suami?


Nasihat yang dicadangkan kepada pasangan itu ialah, suami-isteri akan membuat surat wasiat, satu untuk suami dan satu untuk isteri.


Bagi suami, ia boleh mewasiatkan baki harta 50% itu kepada isteri sekiranya suami meninggal dunia. Suami boleh menambahkan klausa, iaitu sekiranya isterinya meninggal dunia dahulu daripada suami, suami boleh meminda wasiat kemudian atau menambahkan klausa pada surat wasiat asal iaitu mewasiatkan harta itu kepada anak tunggalnya.


Bagi isteri, ia boleh menwasiatkan harta 50% itu (harta sepencarian) kepada suaminya balik atau kepada anak tunggalnya sekiranya isteri meninggal dunia. Tapi besar kemungkinan, isteri akan mewasiatkan kepada anak tunggalnya itu.


Berdasarkan senario di atas, suami, isteri dan anak berada dalam keadaan menang-menang (win-win situation).


Cadangan Kepada Pasangan Suami-isteri


Suami-isteri akan menyempurnakan 3 dokumen yang berkaitan dengan perancangan harta, iaitu:


Pertama: Suami-isteri menandatangani Deklarasi Harta Sepencarian. Suami bersetuju menyerahkan 50% hak milik rumah itu kepada isteri dan isteri bersetuju menerimanya.


Kedua: Suami akan menulis surat wasiat. Suami bersetuju menwasiatkan 50% baki harta (Selepas ditolak harta sepencarian) kepada isteri. Sekiranya isteri meninggal, bahagian harta isteri itu akan diwasiatkan kepada anaknya.


Ketiga: Isteri akan menulis surat wasiat. Isteri bersetuju mewasiatkan harta (harta sepencarian) itu kepada anak apabila beliau meninggal.








Maklumat tambahan:
Apa itu wasiat?

Penerangan Mengenai Harta Sepencarian 

FAQ (1) - Perancangan Harta Pusaka
FAQ (2) - Perancangan Harta Pusaka 
FAQ (3) - Perancangan Harta Pusaka - Deklarasi Hibah & Deklarasi Harta Sepencarian



Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:



Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda

Saturday, January 21, 2012

Kisah Haji Ramlee Membahagi Harta Pusaka Kepada Anak Angkat

Haji Ramlee mempunyai 3 anak perempuan dan salah seorang daripadanya ialah anak angkat. Haji Tompel memiliki anak-anak yang sederhana sahaja pelajaran mereka. Anak pertama, Fatimah, kini seorang guru di Kuala Rompin, Pahang. Anak kedua, Aminah, seorang kerani pentadbiran di Kem Port Dickson, Negeri Sembilan. Anak ketiga, Zahrah, (anak angkat) seorang jururawat di Hospital Besar Kuala Terengganu.

Haji Ramlee berumur 65 tahun dan isterinya telah meninggal dunia 5 tahun lepas. Mereka tinggal dengan anak perempuan yang bongsu, Zahrah. Zahrah telah berkeluarga dan mempunyai 2 anak yang bersekolah rendah.

Haji Ramlee berasal daripada keluarga miskin dan ibu-bapa mereka tidak mempunyai sebarang harta untuk diwariskan kepada beliau. Atas kesedaran ini, Haji Ramlee sejak kecil telah belajar bersungguh-sungguh dan yakin dan dengan melalui pelajaran, masa depan adalah lebih cerah berbanding dengan kehidupan ibu-bapa mereka.

Dipendekkan cerita, Haji Ramlee berjaya menjejakkan kaki ke universiti dan menjadi seorang jurutera. Selepas beberapa tahun menjadi jurutera, Hj Ramlee menceburi bidang perniagaan iaitu sebagai pemaju perumahan.

Semasa hidup, Haji Ramlee seorang bapa yang berpandangan jauh dan berjaya memiliki 3 buah banglo mewah di Lembah Kelang. Kesemua banglo tersebut telah diberi secara tunai iaitu hasil kejayaan bisnes Hj Ramlee.

Dua daripada banglo itu disewakan dan satu lagi didiami oleh Hj Ramlee dengan anak ke-3, Zahrah.

Kini Hj Ramlee telah bersara dan memperolehi sewa bulanan RM3,000 sebulan bagi setiap banglo. Dengan pendapatan RM6,000 sebulan beliau dapat menjalani kehidupan harian dengan selesa bersama keluarga anaknya.

Haji Ramlee sedar beliau telah tua dan mahu 3 banglo itu dipindahkan kepada ketiga-tiga anak mereka. Sekiranya 3 banglo di atas tidak dipindahkan masa hidup, perebutan harta mungkin akan berlaku di kalangan anak-anak mereka pula, dan ini akan membuatkan beliau hidup tidak selesa dalam kubur.

Hj Ramlee telah mendengar banyak cerita daripada akhbar iaitu banyak tanah dan harta orang Melayu bernilai beratus juta ringgit terbiar dan tidak dituntut apabila pemiliknya meninggal dunia. Ini belum kira peperangan dan perbalahan keluarga merebut harta. Antara sebab berlaku fenomena tersebut ialah pemilik tidak membuat urusan pembahagian harta kepada anak-anak semasa pemilik masih hidup atau tidak membuat surat wasiat.

Bagi mengelakkan perebutan harta, Haji Ramlee bersetuju memberikan banglo-banglo itu kepada setiap anak mereka itu. Bagimanapun Hj Ramlee tidak bercadang memberikan semua banglo semasa beliau hidup.

Lagi pun Hj Ramlee pernah terbaca di akhbar ada kes, rumah yang didiami ibu-bapa telah kena lelong oleh bank akibat pinjaman tidak berbayar yang dibuat oleh anak-anak. Ini gara-gara memindahkan harta kepada anak semasa ibu-bapa masih hidup.

Pada suatu hari Hj Ramlee telah diperkenalkan kepada seorang Perunding Perancangan Harta Pusaka daripada syarikat As-Salihin.

As-Salihin ialah sebuah syarikat amanah yang pakar dalam bidang perancangan harta pusaka Islam di Malaysia. Tugas Perunding Harta ialah memberi cadangan-cadangan bagi membolehkan Hj Ramlee membuat pilihan terbaik.

Haji Ramlee memutuskan memberikan banglo seperti berikut:
  • Banglo di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur --- mahu diserahkan kepada anak pertama, Fatimah
  • Banglo di Taman Tun Dr Ismail --- mahu diberikan kepada anak ke-2, Aminah.
  • Banglo di Shah Alam (tempat keluarga Hj Tompel tinggal sekarang)--- mahu diserhkan kepada anak ke-3, Zahrah (anak angkat).

Antara cadangan Perunding itu ialah:

1. memasukkan cadangan pemberian itu dalam surat wasiat atau
2. memindahkan harta tersebut secara automatik kepada anak-anak mereka apabila beliau meninggal dunia.

Hj Ramlee  dimaklumkan iaitu kedua-dua cadangan tersebut boleh dilaksanakan.

Bagaimanapun, kaedah pembahagian melalui surat wasiat mungkin tidak dapat menunaikan hajat Hj Ramlee kerana ia mungkin tidak dipersetujui oleh anak-anak perempuan kandung kemudian. Dua anak kandung mereka boleh menggunakan hukum faraid bagi menghalang adik angkatnya mendapatkan banglo yang diperuntukkan kepada adek angkatnya itu. Mengikut Hukum Faraid, anak angkat memang tidak layak mewarisi harta pusaka.

Hj Ramlee dinasihatkan iaitu bagi mempastikan semua anak-anak mereka (terutama anak angkat) mendapatkan harta yang dicadangkan oleh Hj Ramlee, maka beliau hendaklah menggunakan kaedah Deklarasi Hibah.  

Deklarasi Hibah ialah satu kaedah pemberian harta kepada semua anak-anak Hj Ramlee yang hanya akan berkuatkuasa apabila Hj Ramlee meninggal nanti. Urusan pemindahan harta akan diuruskan oleh syarikat As-Salihin.

Jadi kaedah pemindahan harta pusaka secara Deklarasi Hibah adalah pilihan terbaik Hj Ramlee bagi mempastikan hajat Hj Ramlee tercapai.






Maklumat berkaitan:
FAQ (3): Perancangan Harta Pusaka 
Deklarasi Hibah (Pri-Hibah)
Soaljawab Faraid: Anak Angkat, Anak Tiri dan Anak Tidak Sah Taraf






Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:



Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda

Thursday, January 12, 2012

Jutawan Dihalang Pindah Hakmilik



Macam-macam perkara boleh berlaku dikalangan waris atau keluarga apabila melibatkan harta pusaka. Jangan kita sesekali beranggapan soal harta adalah perkara remeh dan boleh dirunding dengan mudah dikalangan waris apabila kita sudah tiada. Anak saman ibubapa, abang tikam adik, anak terajang ibubapa sudah menjadi kelaziman kerana harta pusaka. Oleh yang demikian berbuatlah surat wasiat sementara kita masa ada sebelum perkara yang lebih kusut berlaku sesama waris.


Maklumat lanjut:
Deklarasi Harta Sepencarian

FAQ (3): Perancangan Harta Pusaka
Penerangan Mengenai Harta Sepencarian



Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:





Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda
 

Sunday, January 8, 2012

Tergamak Tak Tuntut Jenazah Ibu Bapa



Inilah petanda akhir zaman apabila manusia alpa kepada kedua ibubapa tetapi amat perihatin kepada harta pusaka. Setelah sekian lama kedua ibubapa membesarkan kita akhirnya kita hanya nampak kepada harta benda mereka sahaja.

Satu masa kita juga akan menjadi warga tua dan mempunyai anak-anak seperti dalam cerita di atas. Jika kita peka mengenai pengurusan harta pusaka sudah tentu kita boleh mengelakkan perkara di atas berlaku. 

Sekurang-kurangnya kita sudah berwasiat 1/3 dari harta pusaka kita melalui surat wasiat.  Oleh itu sekiranya berlaku di mana anak-anak berebut kepada harta pusaka kita, kita sudah berwasiat atau bersedekah kepada pihak tertentu. Tanpa surat wasiat belum tentu anak-anak kita akan melakukan amal jariah untuk kita. Jangan kita leka tentang agihan harta pusaka kerana ia akan memakan diri sendiri kelak, buatlah surat wasiat semasa anda masih hidup.


Maklumat lanjut:
Apa itu wasiat?

Lapan sebab kenapa kita patut membuat wasiat
Tak mungkin terjadi, tapi inilah realiti 
Perbandingan memiliki wasiat dan tanpa wasiat 




Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:





Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda
 

Thursday, January 5, 2012

Kes harta pusaka Syed Kechik 14 Julai

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Kes perebutan anggota keluarga Allahyarham Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary sebagai pentadbir harta pusaka bernilai RM400 juta, akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini, pada 14 Julai ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah berhubung permohonan kaveat anak lelaki Syed Kecik iaitu Syed Gamal, terhadap keluarga tirinya bagi menghalang mereka menguruskan harta pusaka itu tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

Syed Gamal diwakili peguam Azhar Arman Ali, Zulkifli Che Yong dan Azmi Tan Sri Mohd Rais manakala peguam Datuk N.Vijay Kumar mewakili Puan Sri Sofiah Moo Abdullah, Puan Sri Sharifah Zarah dan Sharifah Munira.

Dalam permohonan yang difailkan 14 April lalu, Syed Gamal, yang merupakan anak lelaki tunggal Syed Kechik dengan isteri pertamanya, mendakwa beliau merupakan waris dan anak yang sah untuk menjadi pentadbir bersama harta pusaka itu. Beliau menamakan ibunya, Zainab @ Eshah Abdullah sebagai sebagai kaveator manakala ibu tiri iaitu Sofiah dan adik tiri, Sharifah Zarah dan Sharifah Munira sebagai pempetisyen.

Kemelut perebutan harta pusaka keluarga itu bermula selepas kematian Syed Kechik 10 April tahun lepas pada usia 80 tahun kerana sakit jantung. Syed Kechik ialah bapa mentua pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, seorang bilionair yang tersenarai antara orang terkaya di negara ini.

Syed Gamal, 46, membuat permohonan itu berikutan tindakan keluarga tirinya memfailkan petisyen memohon supaya surat kuasa mentadbir harta pusaka bapanya diberikan kepada mereka.

Dalam petisyen yang difailkan pada 15 Sept lalu, mereka memohon surat kuasa mentadbir diberikan kepada mereka sebagai isteri dan anak yang sah di sisi undang-undang kerana Syed Kechik tidak meninggalkan wasiat berhubung hartanya itu. — Bernama


Ini adalah satu realiti yang terjadi masa kini. Adakah anda mahukan waris atau anak-anak anda bergaduh, bermasam muka dan putus pertalian keluarga disebabkan harta pusaka anda?


Maklumat lanjut:
Apa itu wasiat?

Lapan sebab kenapa kita patut membuat wasiat
Tak mungkin terjadi, tapi inilah realiti 
Perbandingan memiliki wasiat dan tanpa wasiat 





Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka dan wasiat, boleh hubungi saya:





Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda

Sunday, January 1, 2012

Deklarasi Hibah (Pri-HIBAH)

Hibah adalah pemberian aset kepada seseorang lain tanpa balasan daripada pihak (penghibah) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima hibah).


"Pri-Hibah" adalah produk as-Salihin yang mengunapakai "Hibah" sebagai satu mekanisma untuk menjamin hak anak-anak setlor. Ianya adalah suatu pemberian.


Deklarasi Hibah


Deklarasi Hibah ialah satu deklarasi yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.


Ciri-ciri Pri-Hibah di as-Salihin


- Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
- Hanya pemberian dari ibu/bapa boleh dibatalkan.
- Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah.


Kelebihan membuat Pri-Hibah


1. Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrument untuk membuat pembahagian samarata untuk anak-anak.


2. Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.


3. Setlor boleh memastikan benefisiari dijaga walaupun beliau dalam keadaan tidak berupaya.


4. Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga kepada manfaat kanak-kanak tersebut.


*Deklarasi Hibah hanya boleh dibuat sekiranya penerima tersebut boleh menerima manfaat aset tersebut semasa deklarasi dibuat.




Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjutan tentang penyediaan perancangan harta pusaka, wasiat, harta sepencarian dan pri-hibah, boleh hubungi saya:


Abd Karim Abu Bakar
(Perancang Harta Pusaka Islam)
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon/sms: 019 355 6552
Email: abdkarimiep(at)gmail.com
FB page: Perancangan Harta Pusaka Anda